Yang baik itu tidak semestinya baik, yang tidak baik itu tidak semestinya tidak baik

Hari ni saya ada terbaca 1 artikel menarik...yang saya rasa ingin saya kongsi kan di sini...ianya berkenaan kisah seorang petani,anak lelakinya dan kuda mereka..tajuknya "Yang baik,itu tidak semestinya baik".....ini mungkin boleh memberi sedikit sebanyak semangat positif dalam diri kita, terutama sekali utk diri saya,Insyaallah... Alkisah ada seorang petani miskin mempunyai seorang anak lelaki dan seekor kuda betina. Kehidupan mereka ala kadar saja. Suatu hari,tanpa mereka sedari kuda betina petani itu hilang. Maka orang kampung yang simpati pun pergilah ke rumah petani tersebut. Sudahla kuda betina ada seekor ja, hilang pula tu. "Kesian!" kata orang kampung. Tapi, si petani itu tidak bersedih sebaliknya berkata, " Yang tak baik itu tidak semestinya tidak baik!Yang baik itu tidak semestinya baik!". Tidak lama kemudian, kuda betina yang hilang itu balik semula ke rumah si petani dan didapati telah bunting. Orang kampung datang ke rumah petani itu untuk melihat kuda betina yang bunting itu. "Tak sangka, kuda betina itu bunting. Untungnya dia!" kata orang kampung. Petani itu berkata seperti biasa, Yang baik itu tidak semestinya baik dan sebaliknya. Tidak berapa lama kemudian, si kuda betina yang bunting itu beranak. Setiap hari anak lelaki petani itu yang sudah remaja menghabiskan masa bermain-main dengan anak kuda jantan itu. Tanpa diduga, suatu hari anak petani itu ditendang oleh anak kuda jantan yang tiba-tiba melenting. Cederalah si anak muda itu. Orang kampung seperti biasa datang menziarah. Kesian! Anak ada seorang,patah tangan pula! Seperti biasa, petani itu pun berkata, yang tidak baik itu tidak semestinya tidak baik, dan begitulah sebaliknya.. Tibalah saat kerajaan memerintahkan semua anak muda dalam kampung itu diwajibkan menjalani kerahan tenaga untuk persiapan ke medan perang. Hanya anak petani itu tidak disuruh berperang kerana kecederaan yang dialaminya. Ditakdirkan semua anak muda yang pergi berperang itu terkorban. Maka yang tinggal di kampung itu hanyalah anak petani tadi yang belum berkahwin. Orang kampung datang ke rumah petani tadi ucap tahniah sebab hanya anak lelaki petani miskin itu yang terselamat. Beruntunglah,si anak petani itu sebab ramai gadis2 berebut2 hendak berkahwin dengannya. Petani itu lalu berkata, "Dari dulu lagi aku dah cakap, yang baik itu tidak semestinya baik dan yang tidak baik itu tidak semestinya tidak baik. Setiap kebaikan dan keburukan yang diuji oleh Allah itu ada hikmah di sebaliknya!"... Wahai my blog readers, ingatlah, apabila mendapat sesuatu kebaikan janganlah terlalu gembira, tapi bersyukurlah! Begitu juga jika mendapat sesuatu musibah atau keburukan, jangan kecewa atau putus asa. Percayalah, ada hikmah di sebalik qada dan qadar Allah itu... Cerita ini adalah sekadar renungan untuk kita supaya sentiasa bersyukur di atas sesuatu kejadian yang menimpa diri kita. Terima kasih, sumber dipetik dari majalah mastika...

No comments:

Post a Comment