My Love Words

Hai makin hari aku ni makin jiwang la pulak..perasan x? di ofis hampir semua perasan yg aku ni jiwang..hahahahaa for me I DON'T CARE...hahahahaha Kejap tgok laptop senyum, tgok hp senyum padahal xde msg pun masuk...wahahhaha ok then bila ada masa terluang aku curi2 cari maklumat mengenai CINTA @ LOVE...Renungkan la kata2 ini...Ada ayat yg sangat bersangkut paut dgn kisah aku..tp ada yang boleh bg aku pengetahuan mengenai apa itu TRUE LOVE...

1) Dalam sebuah percintaan, janganlah kamu sesali perpisahan tetapi sesalilah pertemuan. Karena tanpa pertemuan tidak akan ada perpisahan. Menikahlah dengan orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang itu. Itu lebih baik daripada menikahi orang yang kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita karena adalah lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.

2) Cinta tidak selalu bersama jodoh, tapi jodoh selalu bersama cinta. Paham x? Can someone explain it to me please....

3) Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak, bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka, bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merasa rindu dan cemburu.Hehehehe

4) Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir.

5) Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri.Betul kan? huhuhu

6) Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.Yang ni mesti dah biasa dgr kan...

7) Cintailah orang yang engkau kasihi itu sekadarnya, mungkin saja dia akan menjadi orang yang kau benci pada suatu hari kelak. Juga bencilah terhadap orang yang kamu benci itu sekadarnya, barangkali dia akan menjadi orang yang engkau kasihi pada suatu hari nanti.Yang ni aku jumpa dari satu laman web..Tapi aku lupa laman web apa ntah...

8) Janganlah kau tangisi perpisahan dan kegagalan bercinta, karena pada hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia. Atas kasih sayang Tuhan kau dan dia bertemu, dan atas limpahan kasihNya jua kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi. Pernahkan kau berfikir kebesaranNya itu ? - I LUV ISLAM-

9) Jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendo'akannya walaupun dia tidak berada disisi kita.Yang ni biasala kan..Ayat yg selalu aku ckp pun..wahahahahha

10) Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.Serius!!!! Sakit kalau kiter xdapat nk ungkap perasaan pada org yg kiter sayang...Aku tengah merasainya....

Cukupla 10 dulu ayat-ayat cinta dari aku..hahahhaha chewah tetibe je jadi Rossa...Maybe next time kalau ada masa, aku akan cuba cari lagi dalam laman2 web disyorkan...

-STILL LOVING U-

My Strongest Word

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi. Cinta membawa penderitaan tetapi tidak pernah berdendam, tidak pernah membalas dendam. Dimana ada cinta, di situ ada kehidupan.

TUHAN memberi kita 2 kaki utk berjalan, 2 tangan utk memegang, 2 telinga utk mendengar, dan 2 mata utk melihat. Tetapi mengapa TUHAN hanya menganugerahkan sekeping hati kepada kita? Korang pernah terfikir x? Dan ada orang kata kerana TUHAN telah memberikan sekeping lagi hati kepada seseorang utk kita mencarinya. Itulah namanya cinta. Really? You think and answer ok...Aku pun xtau sejauh mana kebenarannya.

Aku ada lagi satu cerita..Nak dgr x?

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata itu menyapa air mata yang satu lagi, " Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi kehilangannya. Siapa pula kamu?" Jawab titis air mata kedua tu, " Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja"..huhuhuhu. Mungkin beginilah penghujung kisah cinta aku bersamanya..aku redha....sbb aku tau "CINTA SEJATI ADALAH KETIKA DIA MENCINTAI ORANG LAIN DAN KAMU MASIH MAMPU TERSENYUM SAMBIL BERKATA: AKU TURUT BAHAGIA UTKMU"...sedeynya aku..Kenapa aku masih mencintai dia sdgkan sepatutnya aku tidak begini...

Kawan2 ada ckp jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita..ye ke? Dan jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba, Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa kamu sanggup, dan jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya jika kamu masih tidak dapat melupakannya. Itulah masalah aku. Aku masih tidak dapat melupakannya..adakah aku masih mencintainya? Ya Benar..aku masih mencintainya cuma dia tidak menyedarinya.

My Hero

Lagu ni really give me a big support to teruskan hidup aku...aku tau aku leh survive dan kuat even xde sesapa....Aku nekad....jgn mengalah....kekecewaan itu akan terubat dan pasti ada hikmahnya...banyak dah aku bace dan dgr luahan dari kawan2....dari situ aku perlu ambik iktibar...jgn tunduk pada cinta manusia...cinta manusia ni xkekal even mmg kite sepatutunya ada cinta tersbut sbb TUHAN dan jadikan manusia ni berpasang-pasangan..yg nixleh nk dinafikan... cuma masa yg akan menentukannya...kite sbagai manusia terutamanya kaum HAWA ni kena kuat dan jgn lemah dlm bercinta. Cinta xsemestinya berakhiir dgn perkahwinan. cinta xsemestinya bahagia. cinta xsemestinya memiliki dan cinta xsemestinya bersatu.
Cinta ni menyakitkan..ramai pasangan bergaduh sbb cinta...then mula xbertegur sapa, Sedangkan perkara ini yg sepatutnya dielakkan. Sbb tu aku selalu ckp pada diri sdr, "Knp perlu cinta sdgkan pasangan itu selalu bergaduh, xsefahaman, selalu berselisih pendapat. Sedangkan cinta itu mengajar kiter supaya saling bertoleransi, sefahaman, saling mengerti, saling memahami..." Kadang2 bg aku, kiter xperlu bercinta. Paling afdhal, bernikah dan cinta selepas itu lebih indah kerana kiter akan lebih mengenali pasangan selepas kahwin. Tp adakah pasangan yg akan bahagia bile berkahwin tanpa mengenali pasangan masing2? Mcm mana kalau pasangan kita tu jahat dan tidak sefahaman ngn kita? TP dlm dunia ni mana ada ibu bapa yg nk carikan jodoh yg tak baik utk anak2 mereka kan? Logik jugak...pilihan ibu bapa itu yg terbaik sebenarnya...
Entahla...pendapat dan persoalan aku ni hanya aku yg fhm...bila difikr2 aku bukan jahat nk rosakkan hubungan kawan sendiri...kalau mmg laki yg aku sayang suka dkt kawan aku sdr, knp x aku berkorban utk kebahagian mereka kan...Prkara yg paling bahagia ialah bila melihat org yg kite sayang bahagia kan...tgok dia ketawa, tersenyum..itu pun dah cukup utk aku...Aku xminta lebih lagi....mungkin aku patut mengundurkan diri dan menjauhkan diri utk bg ruang pada dia berfikir dan meluahkan perasaan dia kat kawan baik aku sdr.. Aku xsalahkan kawan aku krn aku yg perkenalkan dia pada laki ni..xpelah..kalau mereka ada jodoh, aku doakan mereka bahagia..itu je aku harap sekarang. TUHAN itu adil..DIA turunkan hujan utk bg pelangi kat kiter...sama mcm aku...DIA jauhkan aku dgn laki ni dan dekatkan aku dgn lelaki lain yg lebih baik utk aku satu hari nanti..who's know kan?

Kepada kawan2 yg banyak memberi support kat aku, terima kasih byk krn telah menyedarkan aku bahawa cinta ni xsemestinya memiliki...I LOVE U.....<3

22 Tahun

Happy birthday to me,
Happy birthday to me,
Happy birthday to myself,
happy birthday to me....


Hai semua...ermmm 14 Jun 2010 genapla usia aku 22tahun....tp xtaula apa aku rasa saat ni...semestinya ini birthday yang pertama tanpa org tersayang...kalau time ni aku masih couple dgn ewan msti mlm ni aku dah merajuk pasal dia selalu lupa nk wish...aku rindu dia...rindu sgt2....kenapa irwan yg aku kenal sekarang mirip sgt dgn ewan aku yg dulu...bnyak sgt kebetulan...dua2 org sabah, dua2 hilang hp...YA ALLAH apa kah kebetulan ini ada keajaiban??? Saat ini aku terlalu rindukan dia...rindukan ucpan I LOVE U, SAYANG....tp semua tu dah xde...mlm ni aku pakai baju yang dia hadiahkan kat aku..baju tu ada tulisan TAWAU...dulu baju tu ada bau perfume dia..skrang dah xde sbb selalu sgt pakai dan basuh...bile aku rindu aku pakai baju dia..aku teringin sgt nk dgr suara dia, ketawa dia, senyuman dia, kata2 dia...semualah...tp bile aku kuar dgn Irwan, aku teringat kat ewan aku...dia terlalu mengingatkan aku dgn ewan sampai aku pun xtau yg aku ni rindukan ewan @ Irwan....Bantula aku Ya tuhan...aku perlukan kekuatan...aku keseorangan menyambut hari lahir ku yg ke-22...tiada ucapan, tiada hadiah, tiada sambutan, tiada apa2 pun....kalau Irwan bg ucapan pun dah cukup bg aku sbb dia dpt ingatkan aku pada ewan yg paling aku sayangi...

Ntah apa ja yg aku sedih2 kan...bnda yg aku harapkan xkn terjadi..sampai bila pun xakan ada ucapan dari ewan dan Irwan..xkn ada sambutan, xkan ada hadiah...semua xda...knp aku nk menharap?? sudah2 la ruby....jgn menangis ok...RASYAH SHAYANG kan ada..dia leh sambut ngn kau...jgn nangis ok...malu je dah umur 22 pun nk nangis...kesat air mata tu...ermmmm