PENIPUAN

Hye, Dari hari ke hari sy duk termenung depan lappy fikir nk update apa dalam blog. Fikir apa nk cerita.. Susah jugak kalau jadi penulis ni kan...Kalau xkena time and mood, tulislah mcm mana pun sure xbest..hikhikhik Kadang2 lagu yang dimainkan juga memainkan peranan dalam menulis blog ni..hahahaha Betul x??? Kalau lagu happy, so tulisan pun jadi something yang exciting...Kalau kena mood sedih, pasang lagu sedih, sure tulisan pun berunsur sedih...hahahaha *Tu sure ada yang angguk kepala setujukan* hikhikhik Ok lah hari ni Cik Bie update blog ni sambil layan lagu fav Cik Abg Cik Bie...Dulu time dia dok introduce lagu ni Cik Bie buat xtau je tp lama2 dengar not bad jugak la hikhik...Tajuk lagunya Ku Ingin Kamu dari Romance Band.Band pun xfames kat sini tu yang rasa xberminat nk dengar..Tapi sebenarnya band indonesia ni kan sepesen je semuanya...suara pun ala2 sama gitu..tul x??? Ok lah sambil layan tu, korang bacala apa yang Cik Bie nk tulis ni..Cik Bie tau lah yang blog Cik Bie ni xde lah best mcm blog Jejari Runcing ke, Jejari Gemuk ke apa ke kan tapi Cik Bie xkisahlah...You all dah singgah kejap pun dah kire ok lah tu..hahahaha.. Sebenarnya Cik Bie nk cerita pasal something yang ala-ala PENIPUAN....korang pun sure tahu apa itu PENIPUAN..sebenarnya PENIPUAN ni ada byk..ada yang kita TIPU yang kita xsakit hati, ada yang TIPU yang menyakitkan hati... Tapi itu biarlah dosa dia dengan Tuhan sebab kita sebenarnya xtahu apa niat dia MENIPU kita kan. Sebabnya Cik Bie pun selalu gak menipu tapi kebanyakan PENIPUAN yang Cik Bie buat, semuanya utk menggembirakan hati orang lain. Perlu ke Cik Bie cerita kat sini? Korang nk tau ke? Ermmmmm tapi dah bg hint sikit pastu xnk cerita mmg ada gak yang kena hempuk dengan laptop kang...hahahhahaa Ok lah Cik Bie cerita pasal PENIPUAN yang Cik Bie lakukan ek tapi korang kena janji pasni jgn boooooooo kat Cik Bie pulak..hikhikhikhik Laparlah...jap Cik Bie g makan jap ek..jap g sambung hehehehe...
Sekian, Cik Bie, 8.37am

Setiap gambar ada lagu


Setiap gambar ada lagu..
Tanpa perlu menjelaskan semua org sudah dapat menafsir.
Bila gambar senyum, pasti dia sedang bahagia. Bila gambar masam, pasti dia sedang bermasalah. That is what we called, JUDGE A PERSON BY IT'S FACE.
Tapi adakah semua yang senyum itu bahagia dan adakah semua yang bermasam muka itu sedang bermasalah.

Sebenarnya tidak semua yang tersenyum itu bahagia. Mungkin xsemua tapi segelintirnya betul. Kadang-kadang kita sbg manusia cuba untuk menutupi segala masalah kita dgn tersenyum. Senyum xperlu kata apa-apa..:)) Tapi seorang sahabat sejati akan tahu apakah sahabatnya itu mempunyai masalah atau tidak bukan hanya melihat pada wajahnya tetapi hatinya.


Lihat pada foto-foto di atas ni, pasti u all ingat kami ni sentiasa happy..tapi hakikatnya tidak. Pada masa ini, dalam kepala otak serabut dgn hal kerja, hal-hal lain yg sampai membuatkan kami rasa nk lari dari masalah. Tapi sejauh mana pun kami pergi, mmg kita tak akan dapat lari dari masalah. The best thing yang dapat kami lakukan ialah mencuba utk bahagia dan dengan senyum dan menikmati saat-saat manis itu.

Di sini, saya tidak mahu menceritakan masalah apa yang sedang saya hadapi kerana apa pun masalah itu, saya akan cuba hadapinya dengan positif. Hey...dont worry la..i'm ok. Mungkin masalah yang saya hadapi tidak seberat masalah yang u all hadapi kan..just positif.

BTW, there is a lot of story lagi yang saya nk cerita tapi mungkin masa yang tidak sesuai ditambah pula saya sekarang tidak berapa sihat. Kalau tiada aral, malam ni, saya akan update lagi.

Miss you,
Bie

Lagu untukmu..

Hye....hari ni rasa nk publish paste lagu dari najwa latif lah...hehehe so here you go Sahabatku - Najwa Latif

Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Yang baik itu tidak semestinya baik, yang tidak baik itu tidak semestinya tidak baik

Hari ni saya ada terbaca 1 artikel menarik...yang saya rasa ingin saya kongsi kan di sini...ianya berkenaan kisah seorang petani,anak lelakinya dan kuda mereka..tajuknya "Yang baik,itu tidak semestinya baik".....ini mungkin boleh memberi sedikit sebanyak semangat positif dalam diri kita, terutama sekali utk diri saya,Insyaallah... Alkisah ada seorang petani miskin mempunyai seorang anak lelaki dan seekor kuda betina. Kehidupan mereka ala kadar saja. Suatu hari,tanpa mereka sedari kuda betina petani itu hilang. Maka orang kampung yang simpati pun pergilah ke rumah petani tersebut. Sudahla kuda betina ada seekor ja, hilang pula tu. "Kesian!" kata orang kampung. Tapi, si petani itu tidak bersedih sebaliknya berkata, " Yang tak baik itu tidak semestinya tidak baik!Yang baik itu tidak semestinya baik!". Tidak lama kemudian, kuda betina yang hilang itu balik semula ke rumah si petani dan didapati telah bunting. Orang kampung datang ke rumah petani itu untuk melihat kuda betina yang bunting itu. "Tak sangka, kuda betina itu bunting. Untungnya dia!" kata orang kampung. Petani itu berkata seperti biasa, Yang baik itu tidak semestinya baik dan sebaliknya. Tidak berapa lama kemudian, si kuda betina yang bunting itu beranak. Setiap hari anak lelaki petani itu yang sudah remaja menghabiskan masa bermain-main dengan anak kuda jantan itu. Tanpa diduga, suatu hari anak petani itu ditendang oleh anak kuda jantan yang tiba-tiba melenting. Cederalah si anak muda itu. Orang kampung seperti biasa datang menziarah. Kesian! Anak ada seorang,patah tangan pula! Seperti biasa, petani itu pun berkata, yang tidak baik itu tidak semestinya tidak baik, dan begitulah sebaliknya.. Tibalah saat kerajaan memerintahkan semua anak muda dalam kampung itu diwajibkan menjalani kerahan tenaga untuk persiapan ke medan perang. Hanya anak petani itu tidak disuruh berperang kerana kecederaan yang dialaminya. Ditakdirkan semua anak muda yang pergi berperang itu terkorban. Maka yang tinggal di kampung itu hanyalah anak petani tadi yang belum berkahwin. Orang kampung datang ke rumah petani tadi ucap tahniah sebab hanya anak lelaki petani miskin itu yang terselamat. Beruntunglah,si anak petani itu sebab ramai gadis2 berebut2 hendak berkahwin dengannya. Petani itu lalu berkata, "Dari dulu lagi aku dah cakap, yang baik itu tidak semestinya baik dan yang tidak baik itu tidak semestinya tidak baik. Setiap kebaikan dan keburukan yang diuji oleh Allah itu ada hikmah di sebaliknya!"... Wahai my blog readers, ingatlah, apabila mendapat sesuatu kebaikan janganlah terlalu gembira, tapi bersyukurlah! Begitu juga jika mendapat sesuatu musibah atau keburukan, jangan kecewa atau putus asa. Percayalah, ada hikmah di sebalik qada dan qadar Allah itu... Cerita ini adalah sekadar renungan untuk kita supaya sentiasa bersyukur di atas sesuatu kejadian yang menimpa diri kita. Terima kasih, sumber dipetik dari majalah mastika...

Sahabatku, Aku Rindu Sayang Kamu

Hidup ni adalah sesuatu yang paling susah untuk dijangka. Life is unexpected. But life is also a choice. Kita kena decide what we want our life to be. Is't to be happy, sad, angry, crying or many more. Dulu, saya, Ye saya yang menulis blog ini adalah seorang yang ceria, happy, senyuman dan ketawa mmg xleh dipisahkan tetapi sekarang saya, ye saya yang menulis blog ni bukan orang yg sama. Saya sendiri merasa perubahan itu apatah lagi orang lain kan..huhuhuhu.. Saya berubah sbb yang paling utama adalah:

1) Saya xhappy dengan suasana kerja saya dan keadaan sekeliling saya. Dulu, saya ni nk mencarut sangatlah susah..Senang cakap, mmg xretilah nk sebut ayat2 tuh..sekarang ni jgn ckp xreti, itulah ayat yg selalu disebut..hurmmmm mungkin sbb tu lah Allah bg azab kat saya dalam bentuk penyakit tonsil dlm tekak saya yang membuatkan saya nk telan makanan pun susah apatah lagi bercakap banyak..MasyaALLAH, atas muka bumi pun Allah dah bg balasan..belum kat Akhirat lagi..*Saya dah insaf*.. Tapi susahnya untuk saya mencintai suasana kerja saya sekarang dan saya sangat berharap saya dapat peluang kerja di tempat lain yang mungkin boleh membuat saya sedikit happy berbanding dengan sekarang. Insyaallah..

Jadi untuk mengatasi rasa xhappy ni, saya kena selalu fikir benda2 yang membuatkan saya happy..and benda yang paling happy yang selalu membuat saya tersenyum adalah:

1) Persahabatan
Yes, FRIENDSHIP!!! This is the only thing yang membuatkan saya happy. Kalau orang lain mungkin dia akan cakap LOVE..tapi tidak pada saya. Untuk pengetahuan semua, saya adalah seorang yg setiakawan. Saya ada ramai kawan-kawan tapi saya cuma ada beberapa kawan yang saya sangat sayang..sebelom mengenali kawan yang sekarang, saya terlebih dahulu kenal dengan Claa, Yanie, Umairah, Joe, Idan, Faris. Kami ni umpama 3pasangan..We love each other actually tapi disebabkan oleh some incident, Faris dah keluar dari kelompok persahabatan ini. Yes, sy mmg sedih and saya xpernah menyangka dia akan jadi mcm ni. Kalau dia berubah, kami mungkin boleh consider untuk menerima dia kembali menjadi sahabat kami. Umairah pula, hayat dia xlama kat atas muka bumi ini. Dia telah kembali kepada penciptanya..rasanya nk dekat setahun juga kot. Rindu nya dekat arwah. Sahabat yg paling alim dalam geng, selalu je ajak ke masjid tapi biasalah bukan kami ni nk ikut pun. Kadang2 je pergi. Itulah sebab org ckp, org baik ni selalu mati dulu..huhuhuhu Claa pulak dah kawen..husben dia orang kelate..Claa ni cantik..cantik sgt..kulit putih gebu..siapa yang melihat pasti terpikat..hehehe dia pun dah bahagia..xnk dah la ganggu..Yanie pula sekarang dah kerja kat kampung halaman dia..dia ni pun mmg cantik sgt..mata bulat, putih gebu..geram tgok...Joe...dia ni la jejaka paling diminati...sampai sekarang tau..tapi dia xde kat sini..kalau u all nk mengorat dia, bolehlah cari dia kat UK..Idan...dia ni..mmg pendiam, xbnyak ckp, berahsia...sampaikan dia bertunang dan bercinta pun kami xtau..Dasyat gila kan..tapi Kuasa Tuhan, jodoh dia xpanjang...hubungan terputus di tengah jalan..Jauh di lubuk hati saya, saya sayannnnggg mereka...*peluk kuat-kuat*....rindu nk berkumpul semula tapi mustahil sbb masing2 ada kehidupan sdr..Sekarang ni saya ada Zaza, kawan baik saya...Dia baik, soft spoken...jiwa lembut, manis orangnya...ke mana-mana kami selalu berdua tapi mungkin xlama..mungkin setelah masing2 dah ada kehidupan sendiri, kita xtau kan.. Tapi, saya nk ckp SAYA SAYANG KAWAN-KAWAN SAYA!!!!! Sebab mereka saya disini, sebab mereka saya happy...walau kadang ada perselisihan faham, tapi itu tak kan pernah memutuskan kami...Insyaallah..

You all masih yang terindah, indah di dalam hati aku...sentiasa ada dalam hati aku...di bawah ini sajak yg saya reka sdr, maaf kalau xsedap dan xbest :

Sahabat,
Kau masih yang terindah di dalam hati aku,
Ke mana kau pergi,
Kau sentiasa di ingatanku,
Ke mana kau berada,
Kau sentiasa di ingatanku,

Sahabat,
Sepinya hari yang ku lewati,
Tanpa ada dirimu menemani,
Sunyi ku rasa dalam hidupku,
Tak mampu untuk aku melaluinya.

Sahabat,
Kamu masih yang terindah,
Indah di dalam hati aku,
mengapa kini perselisihan kita terjadi,
Terjadi seperti ini.

Sahabat,
Masih ku ingat indah perbualan kita,
Yang selalu membuatku mengenangmu,
Terbawa aku dalam sedihku,
Tak sedar kini kamu tak disini lagi..

Ini sahaja yang mampu aku coretkan untuk kalian...Jauh di lubuk hati aku, aku tak mahu kita berpisah..kerana Aku Sayang Kamu Semua!!!!

With Love,
Bie

I'm choose to be Happy

Assalamualaikum dear readers,
It's been a long time tak update blog. Me in the midst of very very hectic day.Keje sgt banyak + saya kena take over all Finance + Admin for the department. Fuhhhh mencabar gile kot..and plus mmg xreti langsung handle benda2 mcm ni. Still waiting for my new Admin Exec tu take it back. Please la come quickly..Setiap hari pun stress.. masa bile xstress pun saya xtau..Tapi kat mana2 pun stress. Even keje cuci toilet pun stress, bak kata my friends, Zaza. Hehehehe....

Ok, today we all going to have our 1st road trip together and hopefully it will going fun..hehehe will upload the pic soon, insyaallah..Now saya nk banyakkan berjalan-jalan...sbg salah satu terapi utk hilangkan stress and jauh dari KL..KL sgt semak ok...sapa suka duduk KL saya tabik dia...hahahaha

Ok need to go..Bye

It's you

Assalamualaikum....maaf baru sempat nk upadate blog...Hari ni hari Sabtu...xtau kenapa rasa xsedap hati je ni..ehhhh bukan xsedap hati tp macam xbest je rasa...kenapa ek????? Ermmm aku rasa aku tau sbb apa...hehe je rindu kot....rasa lama gila da xjumpe...serius lama...dah 2bulan kot...kalo korang apa korang rasa..huhuhu tp nk buat macam mana kan...redha itu pasrah,hehe....ok la..nanti i upadate lagi....nk lepak jap...

Perempuan Itu

Friday!!!Yes its Friday but why I am so unhappy!!! Oh Damn!! I make my self Happy just in front of my friends...munafik betol kan...wahahaha but who care as long as I'm happy doing that..Ada beberapa sebab saya xhappy..you want to know why???
1) Work - Yes...Work..I am not happy with what I'm doing.. Tak happy buat keje yg bukan keje I and bukan my expertise..Tp suddenly kena buat..what to do..org kata KULI mcam ni la..

2) Life - Yes..Life..what happen?? Gila apa xhappy dgn life sdr...ye memang pun..Aku rasa aku ni da xde life langsung even habis keja ja lepak,habis keja ja movie,habis keja ja karoks..Bad In Me..huhu tp itu LIFE yg aku jalani sbb aku stress n xhappy dgn perkara no 1 di atas...

3) Love - Hahaha yes love..aku xsuka bercinta dalam keadaan mcm ni..bkn keadaan yg berjauhan ke apa..tp org2 yg cuba nk rosakkan Love aku tu..Wahai perempuan2 kat luar,kalo u all gilakan sgt laki aku tu,silakan la amik..tp tu pun kalo dia nak la..hahahaha aku kejam ko cakap??? Ko sapa nk ckp aku kejam?? Bukan ko ke yg kejam nk rosakkan hubungan org..Damn It..ko ni memang la...ohhh ko ckp aku kejam sbb menyiksa laki aku utk bercinta dgn aku...wei kalo aku siksa dia xda makna dia nk teruskan lagi...sukati dia la..dia yg nk proceed..bukan salah aku..tu menunjukkan dia langsung xtersiksa dgn aku..so what??? Tolongla main jauh2...menyibuk je..ko ckp ko cantik kan??? So for sure ramai jantan nk kat ko..apahal nk tergedik2 nk laki org..sangap la ko...

Ok aku rasa ni je kot cerita aku...bye

Ikhlas,
Bie

Call Me After You Read This

Sepinya hari yang ku lewati, tanpa ada dirimu menemani, sunyiku rasa dalam hidupku, tak mampu aku untuk menempuh....
Masih ku ingat indah senyummu, yang selalu membuatku mengenangmu,
Terbawa aku dalam sedihku, tak sedar kini kau tak disini..
Engkau masih yang terindah...indah di dalam hatiku...Mengapa kini sakit tak berakhir yang seperti ini...seperti ini....
Ye...disaat begini ku perlukanmu..disaat begini ku menginginkan kau di sisi ku..Jiwaku tertekan..Aku buntu..serasa mahu lari dari dunia ini..ke suatu tempat yang aku pun tidak mengetahuinya..ke mana? Apa dengan melarikan diri, masalah tidak akan mengejar ku?? Ahhhh mana mungkin...setiap org mesti punya masalah...Aku??? Aku tidak pernah bermasalah dgn kau, dengan kehidupanku, tapi aku bermasalah dengan orang-orang disekelilingku, dengan persekitaranku, dengan kerjaku..Yahh i admit...disebabkan semua masalah ini, aku jadi menambah masalah pada benda yang tidak masalah bagiku...Aku mula membuat masalah denganmu, membuat masalah dengan kehidupanku...Ohh aku berada dalam dunia aku sendiri..Aku seakan lupa pada semuanya..Maafkan aku..

Aku tahu kamu memberi aku masa...yeah even di hadapan semua kita gembira dan bahagia tapi hakikatnya..semua ni terjadi sbb masalah-masalah yang aku alami sehingga melibatkan kamu..Kita jauh...kamu mahu tahu, kemana saja aku pergi, semuanya mengingatkan aku pada kamu...Yes semuanya..Andai saja kamu di sini...:(( *HOPELESS* Ehh...aku sayang kamu...Ye kamu...Bukan kamu xtau ramai yang cuba mendekatimu...kamu pria yang jadi idaman setiap wanita, kamu kena tahu itu...Ada satu rahsia yang aku nak bgtahu kamu tapi bukan disini...dan rahsia itu aku cuma akan bgtahu lepas kamu baca ini...disebabkan rahsia itu, aku berbelah bagi...aku buntu..Yes ini dugaan PJJ *PERCINTAAN JARAK JAUH* tp benda ni pun boleh buat aku buntu kalopun kita ni *PERCINTAAN JARAK DEKAT* sekalipun.

Hey, it's a looongg story here...So got to go..

Ikhlas,
Bie

Bicara Hati

Hye Guys,
I'm writing back...Yup seriously i miss writing...tapi xtau kenapa tetibe blog ni dah jadi tempat nk bercinta pulak..hahahaha gila betol...if u olls perasan, lately ni banyak entry i pasal cintan-cintun...kan!!!!! Damn It!!! Ko dah kenapa Bie?? hehehehe

OK bila cakap pasal Bicara Hati bagai kan, bukan nye nk story lebih2 pasal drama tu...sbb apa?? bukan sbb xminat tp sekarang ni bnyk drama dah diadaptasi dari novel2 kan...u olls perasan x..and kebanyakannya diolah samada menjadi lebih baik atau kurang baik..but its still worth it la utk ditonton..cuma saya je xmengikuti sgt cerita tu..1kali seminggu je..kadang2 miss jugak..last2 malas nk follow..padahal kite ni die hard fan Sharnaaz Ahmad... #sharnanas la katakan...hahahaha Xkisahla..xtengok bukan bererti x follow...lagipun time cerita tu redundent dgn cerita Ariana Mikhail which is ditayangkan every Monday and Tuesday, 8.30-9.30...xke hari selasa tu main tukar2 channel...huhuhuhuhu xfeel la kan...hehehe kat youtube kan ada..leh layan g..terima kasih pada yg upload k..hahaaha

ok Di bawah ni, lirik lagu Bicara Hati yg Lena nynyi tu..saya xsuka sgt Lena tp saya suka cara dia bawak lagu ni...BTW, lirik ni saya nak tujukan kat seseorang yg saya syg..hehehe mcm kena je kan lirik dia...

Pinjamkan hatimu
Agar dapat aku tunjukkan cintaku
Moga engkau tahu semua kasihku hanya untukmu
Setiap rinduku nyata padamu

Pinjamkan cintamu
Agar dapat aku selami hatimu
Moga aku tahu ikhlasnya kasihmu hanya untukku
Percaya rindumu nyata padaku

Bicaralah hati tentang kita
Bicaralah hati untuk selamanya
Bicaralah hati dengan rela
Kau lengkapkan hidupku
Sempurnakan cintaku
Biar hati kita jadi satu

Sweet kan lirik dia...and this is special for you dear...

Ikhlas,
Bie
Hanya Utkmu

Mimpi Saya

8.00pm, Thursday, 26th Jan 2012, COE

Hye...Yes i'm still at office and now i'm updating my entry in my car...gila lah saya sanggup lari dari ofis semata2 nk update blog ni...serius saya penat...keje dari 8pagi sampai 8malam...tapi dibayar cuma sampai 5.30ptg..bukan xikhlas tp itulah kenyataannya..sapa xpenat kan...

Ok la berbalik pada tajuk entry di atas...Mimpi saya..sebenarnya ni mimpi malam tadi tp sebab sibuk jadi cuma sempat update sekarang..huhuu BTW mimpi saya agak aneh sekali...aneh??? Kenapa ya??? Entahla...Dalam mimpi tu, saya berkahwin...masalahnya di sini, saya pun xtau dengan sapa saya kawen..serius...tau2 bila mak cakap, esok ko kawen dgn dia,dia ni...nama pun saya xtau...tapi xtau kenapa saya leh ok je...then kami pun nikah tapi kami duk asing2...saya still duduk kat umahs ewa saya sekarang..dia duduk kat mana ntah saya pun xtau..hahahahaa then bila 1malam tu dia nk masuk umah, saya terus terjaga dari tidur...huhuhu pelik kan...yang lagi pelik, saya harapkan pakwe saya yg jadi suami saya tp ntah sapa lah laki tu...Harap sangat xjadi kenyataan...hehehe sebab saya sayang dia....hahahahahha

Eh cakap pasal dia kan, hari ni 1hari dia xtext saya...tweet pun x...sabar je lah...tapi saya xkisah sbb saya pun sibuk hari ni...even dia text pun saya xsure sy dapat layan dia...so serius awak, saya mmg xambil hati..hehehehe BTW just to say, if you read this entry, i want to tell you that I MISS U Much and deep in my heart, i really need you here...

Ok la..i need to drive back..nk kena rehat cukup malam ni sbb esok 1 whole day saya harus attend meeting budget kat luar...aduh saya tau sure penat gila punya...entah bila lah benda nk settle...ok la Got to go..assalamualaikum :))

Cinta Kita Puisi Utkmu

Ini utk kamu......Memalam ni ilham datang lak mencurah2..huhuhuhu

Inilah aku apa adanya,
Yang ingin membuatmu bahagia,
Maafkan bila ku xsempurna,
Sesempurna cintaku padamu,
Ini juga ku apa adanya,
yg ingin selalu disampingmu,
Ku xtau semua tiada yg sempurna,
Jalan kita masih panjang,
Ku ingin kau selalu disini,
Biar cinta kita tumbuh harum mewangi,
Dan dunia menjadi saksinya,
Utk apa kita membuang-buang waktu,
Dgn kata-kata perpisahan,
Demi cinta kita,
Kita akan menjaga,
Cinta kita yg telah kita bina,
Walau hari terus berganti hari lagi,
Cinta kita abadi selamanya.....

Ikhlas,
Bie
Hanya Utkmu

Antara Kita

Assalamualaikum....
Hye awak...Ye awak, yang saya tau sedang baca entry kali ni...First of all, saya nk minta maaf...
Sebelom tu, and sebelom readers sume tertanya-tanya, "Awk" yang saya maksudkan ialah ermmm kawan rapat saya a.k.a org yg saya syg a.k.a insyaallah my future hubby...Why i'm said Insyaallah??? Ya sbb kita xakan pernah tau apa akan jadi in the future kan...
OK utk pengetahuan u olls, saya dan dia bermula sbg kawan atas kawan...buat2 faham je lah ye...Ok pada masa itu, saya sedar yang saya bukan sapa2 nk berkawan dgn dia walaupun on that time, saya akui saya tertarik dgn dia...mulanya hanya sbb dia hensem ok...hahahaha tapi bila tau perangai sebenar, Masyaallah terus xjadi...huhuhuhuhu....
Then entah mcm mana, kami berkawan...dan akhirnya sedikit demi sedikit dia berubah...tp saya xrasa itu sbb saya..mungkin ada dorongan dari pihak lain...sy berani ckp mcm ni sbb time tu mmg xnmpak mcm dia berubah sbb saya..huhuhuhu
Bila dia mula berubah, hati sy makin tertarik..ye sy suka dia pada mula lagi tp sy menafikan perasaan itu sbb sy sedar diri saya xlayak utk dia..org kata pipit sama pipit mana boleh terbang dgn enggang kan...huhuhu Bila satu hari tu dia dtg....dia nyatakan perasaan dia kat saya..OMG seriously saya rasa nk pitam tp saya buat2 saya xmahu...bukan saya jual mahal...saya xmengade2 pun tp sbb saya sedar diri...ye saya sedar diri saya..tp bila dia yakinkan saya, akhirnya saya terima..yes and we in a relationship...Kami jalani hari2 kami dgn bahagia...

Tapi langit xselalunya cerah...mcm2 masalah dtg...sampai satu masa sy dah give up dgn awak...tp saya tau yg mendatangkan masalah tu bukan awak...tp org lain...saya xsepatutnya buat awak mcm tu..Tapi hati mana yang tidak kecewa dan sedih kan bila dapat cerita mcm tu..kadang2 saya rasa mcm dalam novel je..huhuhuuhu dalam drama tv pun ada...

Pesanan tuk manusia ketiga: TOLONGLA JGN PECAH BELAHKAN HUBUNGAN ORG...KAMI XBUAT SALAH PUN PADA ANDA..KALO KAMI BERSALAH, BERTERUS TERANGLA..KITA SELESAI BAIK2...

Utk awak, I'm so sorry...saya bukanlah seorang yg romantik..Kawan2 kenal saya pun dah gila-gila perangai..kalo la diorang tau saya tulis kat blog mcm ni, mmg jadi bahan lah saya lepas ni..hehehe. Cuma 1 yg saya mintak, bg saya masa utk saya kembali percayakan awak...Insyaallah kalau jodoh kita kuat, xkemana ok...Deep from my heart, I Love U and I Miss U....

Ikhlas,
Bie
Hanya Utkmu