Saya Mesti Rindu Awak

Selamat mlm semua...saja2 ja post blog ni sambil nonton Final N9 vs Klate...Sakit hati dgn N9..kelantan plak xgol2 sampai dah masuk masa yg ke-2 dah...Tp mlm ni xmau ckp pasal bola..xfeel langsung..

Tibe2 teringat yg abg akan g ke Indonesia xlama lagi..sebulan pulak tu..lama dia cuti...tinggal aku sorang...Entah mcm mn nk contact nanti...mesti syg rindukan abg..huhuhu Harap abg xlupa syg yer...Xdapat nk bayang hari2 tanpa diri mu..Serius..I will miss u alot..hurmmm sedey pulak..

Abg, syg dah delete semua post2 yg lama yang berkaitan dgn "orang tu"...hehehe insyaallah tiada siapa yg tau...

Pesan syg: Jgn lupakan syg ya...Gudnite

Rahsia Wanita...Perhatian utk Lelaki

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak
menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling
dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu
putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!


6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu
tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin
menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan
tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan
respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak
keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya
kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari
oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian
barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang
dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa
sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka
dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu
hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Selagi masih ada kesempatan

Awak...awak tau x saya syg awk?

Tau..knp??

Awak mcm nak xnk je jawab soalan saya...

Berapa kali awk nk tanya soalan yg sama je...dah berkali2 jugak saya bg jawapan yg sama..xcukup lagi ke??

Saya cuma nk tau je...

ok...cuba bgtau saya knp awk asyik tnya bnda sama je kat saya??? Awak xpercaya saya?

Awak nk tau ke sebab apa???

Si jejaka pun mengangguk...

Sbb saya xleh dgr dah jawapan awk tu lepas ni...dan awk pun dah xakan dgr dah soalan yg sama dari saya...sbb saya nk g jauh....

Awak ni nk main2 plak..saya xakan izinkan awak pergi mana2...ok...

************************************************

Selang beberapa minggu...

Jejaka : Awak, knp awak dah xtanya saya soalan yg sama? Knp awak diam je skg ni? Saya rindu nk dgr suara awak....soalan awak tu...awak, tanya la lagi...Sya janji saya akan jawab biarpun berjuta kali...

Si gadis sudah pergi jauh meninggalkan orang2 yg disayangi...Tiada lagi soalan, tiada lagi suara...

Maka, bertuah lah kita kerana masih diberi kesempatan utk menikmati manisnya cinta, manisnya disayangi..justeru jgn dipersoalkan setiap persoalan dari org yg kita cintai kerana mungkin kita dah xakan sempat utk mendengarnya lagi...

**Nukilan dari Bie Besh**

Tanda dia mencintai kita

Dalam kehidupan, kita tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kita merupakan satu petanda yang dia mencintai kita. Dia tidak ingin kita tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.

1.Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2.Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3.Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4.Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5.Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6.Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7.Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

8.Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9.Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

10.Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11.Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12.Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13.Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14.Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15.Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.

16.Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’

17.Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

18.Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

19.Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

20.Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

21.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

22.Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

23.Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.

24.Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

“Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… Kamu akan menyesal melakukannya!”

Ini semua ada pada kamu, Hajirin Asiz. Terima kasih dia atas segalanya...

Bukti Cinta Sejati

Ada sorang lelaki buta. Semua orang bencikan dia, kecuali kekasihnya. Lelaki itu selalu berkata, “Saya akan mengahwini awak di saat saya boleh melihat.” Suatu hari, ada orang dermakan mata kepada lelaki itu. Akhirnya dapat juga lelaki itu melihat. Dengan segera, dia pergi menemui kekasihnya. Tetapi, bila dia melihat kekasihnya, dia merasa sungguh terkejut kerana kekasihnya juga buta.

Kekasihnya bertanya, “Sudikah awak berkahwin dengan saya sekarang?” Tanpa sebarang alasan, lelaki itu menolak. Kekasihnya tersenyum dan berlalu pergi sambil berkata. “Tolong jaga mata saya baik-baik…”

Kisah Cinta ini telah disumbangkan oleh saudari Shaella di Forum Tentang Cinta.

Saya Cintakan Awak

Satu pasangan kekasih sedang memecut melebihi 100km/jam di jalanraya.

Dara : Perlahankanlah sikit motor ni...saya takut lah..
Jejaka : Tak nak..bawak laju-laju mcm ni la best..
Dara : Tak..tak best pun..tolongla saya takut ni..
Jejaka : Kalau awk nk saya perlahankan motor ni, awk kena cakap yg awak CINTAKAN saya..
Dara : Ok..Saya CINTAKAN awak...
Jejaka : Ok..sekarang peluk saya erat-erat..

Lalu si Dara memeluk si jejaka erat-erat...

Jejaka : Awak..awak leh tanggalkan helmet saya x? Kemudian awak pakai kat awak..saya rasa xselesa la...

*********************************************

Keesokan harinya, di muka depan surat khabar :

Sebuah motosikal telah melanggar rumah kedai dipercayai disebabkan kegagalan fungsi brek motornya...

Dua mangsa terlibat tetapi cuma seorang sahaja yg dilaporkan terselamat..

*********************************************

Kisah sebenarnya, semasa sedang menuruni jalan tersebut, si Jejaka telah mendapati brek motornya sudah tidak berfungsi, tetapi dia xmahu kekasihnya tahu..Sebaliknya dia meminta kekasihnya itu mengungkapkan perkataan "SAYA CINTAKAN AWAK" dan merasakan dakapan terakhir kekasihnya itu..dia juga memberikan topi keledarnya kpd si Dara agar kekasihnya itu selamat walaupun itu bererti dia akan terkorban..

Jadi sekiranya anda ada seorang yang sangat anda sayang dan ambil berat, beritahu dia yang anda CINTAKAN dia..

Semoga saja kita masih di beri waktu utk merasai CINTA...

**koleksi cinta**

Rindu Dia




Hye..i have no idea...just feel something tonight...what's that?? I miss him so much...xtau nape suddenly rase mcm ni...maybe because xnk dah kehilangan dia...Kami jarang sgt bergaduh..tak mcm dulu...His parents dah restu...kedua mama dan abahnya dah restu hubungan kami cuma sebelah pihak aku masih belom pasti..aku harap mak dah xkecewakan aku lagi even kalo mak still xsuka dgn pilihan aku ni, aku harap dia akan berjuang utk hubungan ni...Sangat2 xsanggup kehilangan dah...Sakit rasanya..

Abah dia kata dia boros...aku ckp kat abah dia tolong nasihatkan dia jgn boros..simpan duit utk masa depan...sbb Cinta kami mmg bnyak memerlukan pengorbanan...Abah dia kata, suh dia jgn main2kan perasaan aku...hehehe cayalah pakcik...Thank you pakcik ya..hehehe

Whatever it is, yg paling penting ialah kesetian, kepercayaan, keluhuran perlembagaan...hahaha apalah dah masuk rukun negara dah ni..mengarut ja aku malam2 ni..ermmm Gudnite....bye

Salam utk kekasih

Assalamualaikum dan selamat malam...

Penat hari ini...Ada jamuan hari raya di ofis...bie cuma bntu2 apa2 yang termampu bantu...ingat nk bungkus makanan tp belom sempat nk bungkus, dah licin dah...Laku betul makanan hari ni....samapai xlarat dah aku nk mkn...hahaha
ermmm mood keja semakin DOWN....serius bie ckp mmg rase mcm xnk keje dah...kawan2 pun sama...semua rase apa yg bie rasa....knp ya??? Perasaan malas tu semakin menghantui kami...Esok ada getaway...that's mean we all enjoy mkn2 dgn bos dan semua staff dlm department kami ni je...Dah xbest la...kalo mula2 dulu wah bukan main lagi nk g getaway...sekarang ni eiii malas sungguh rasanya...

Syg, rindu kamu la...hehehe Thanks coz still sudi terima bie seadanya..Bahagia sgt...Kita belom pernah gaduh kan?? Merajuk tu adalah..hehehe Abg pandai pujuk...Tu yang best..hahaha

Ok la gudnite ek...

Learn Something

Cinta bukan sesuatu yg pahit kalau kita mengenalinya sedalam-dalamnya, tetapi cinta adalah sesuatu pengalaman yang indah. Cinta adlah seperti musim-musim yang berlaku.. Ada musim tengkujuh, musim panas, bunga dan luruh...

Musim bunga = Saatnya baru bermula detik2 percintaan, perkenalan..segalanya adalah indah,manis dirasasaat bersama...

Ketika tengkujuh melanda dlm percintaan, pergduhan, salah faham, cemburu dan marah berlaku, tapi anggaplah itu adalah cubaan dlm perhubungan...

Kemarau pula berlaku jika persefahaman hilang, kemarau tidak semestinya memebawa kepada perpisahan meskipun hubungan dalam keretakan...

Luruh pula suatu yang perit dalam kehidupan seseorang yg bercinta, kerna ianya bukan apa yang dipinta dan diharapkan, gundah di hati hanya diri sendiri yang merasakan, kesakitan cinta sesungguhnya tidak akan pernah diungkapkan dgn kata-kata..

Jadilah hargailah sebuah perhubungan..jangan biarkan ianya hancur gara-gara musim yang sentiasa berubah-ubah...