Crying without reason

Assalamualaikum semua....apa khabar? Hopefully u all happy je taw...Jangan jd mcm aku ni..

Nk nanges tp xtau sbb apa...mcm2 yg aku rase..sepatutnya aku xbawak masalah balik umah..pandai je nasihat kat kawan jgn selalu sgt pikirkan masalah..tp diri sendiri xsedar...ermmm saje nk sedapkan hati sendiri je...Actually banyak sgt keje..busy sikit xsempaat nk update..time keje nk bukak internet pun xsempat...

Sekarang ni we all (kawan2 ofis) mmg mcm dah hilang spirit nk kerja..don't know why...dulu semangat kami ni berkobar2 je tp skg when i'm asking one of my friend, she said "Aku boleh nk keje tp aku lom jumpa semangat tu"...so same happen to me...kerja ttp jalan tp nk dapatkan semangat tu susahnya....Semangat+mood+minat=rajin+ikhlas...
semua ni aku xde...menyesal rasenya pilih kursus yg xsesuai time kat U dulu...tp TUHAN tu dah tentukan apa yg terbaik dan apa yg tidak utk kita...

Actually, aku minat kerja sdr...xde org perhatikan aku, nilai aku, spy aku, arah aku, marah aku...tp utk aku sampai ke tahap tu, ni lah masa utk aku beljar...lambat rase nk kumpul duit nk buka bisnes sdr...sometimes hati selalu ckp " bilala aku nk kaya ni"..huhu teruk kan..

kalau u all ada pendapat @ idea utk aku improvekan diri, bina semangat dan keyakinan diri, tolong la aku...wasalam

ALLAH always with us

Alihkan matamu ke laut, airnya cntik membiru dan penuh ketenangan, tp hanya ALLAh saja yang tahu rahsia di dalamnya...
Begitulah dgn kehidupan manusia, riang ketawa tp hanya ALLAH yang tahu rahsia kehidupannya,
Jika rasa kecewa, pandangla ke sungai, airnya tetap mengalir biar berjuta batu menghalang,
Jika rasa sedih, pandanglah ke langit, maka kau akan sedar ALLAh sentiasa bersamamu...

Kegagalan pula...
Kegagalan itu bukan bererti kita gagal. (sekadar nk menyedapkan hati sendiri). Itu bererti kita ni belum berjaya lagi. Gagal juga xbererti kita xcapai apa-apa. Tp sebenarnya kita telah mempelajari sesuatu dari kegagaln itu. Gagal juga bukan bermakna kita bodoh kerana mencuba. Tp itu bermakna kita teguh, berani dan bersemangat waja..jadi berbanggalah dgn diri kita.

Gagal juga bukan bermkna kita xakan berjaya, tp mungkin kita perlukan sedikit masa lagi. Gagal juga bukan bermakna TUHAN tu tinggalkan kita. Ia hanyalah kerna TUHAN punyai rancangan yang lebih baik lagi tuk kita. Jadi kegagaln itu tidak pernah muktamad..Jangan takut utk gagal even dlm apa jua situasi..

Sabar

Assalamualaikum and Good Day to all,

Ermmm nk cerita something but maybe xpayah kot..nk ckp je cuti aku xlulus...agak sedih tp kena accept the fact so keje mcm biasa la...baru ingat nk holiday relaxkan mind...huhu tp xpelah cuti raya 10hari..cukup la tu kot.cuma aku dapat imagine yg bila lepas raya n kembali bekerja msti rase malas..tul x? aku rase bukan aku sorang kot rase mcm ni...n dpat tau pulak pas raye kena travel...sadis sadis...

Hari ni dah 15 puasa..pejam celik pejam celik dah nk abis..taraweh jgn ckp la..confirm ada yg miss...sayang plak tinggal taraweh...tp sbb penat n letih...xleh nk buat apa la..tido pun kul 9..wahahaha bapak awal...xpernah tido seawal ini....tp seriously tired...

ermm ok la nk siap bukak puasa..kang aku continue...wasalam

Gila berblogging

11.33 A.M

Assalamualaikum semua...

Dah bangun ka semua ni? Saya mau bercerita ni..hehehe Actually xda apa pun nk cerite..propa ja sume ni..hehehe wallaweh...hari ni weekend yg sangat aku nantikan setelah bekerja..rase kejap je cuti ni kan? Tgok kejap je dah keje balik...Boleh x kalo aku suggest yg working day 2 hari, weekend 5hari...wallawehhh fuhh best gile rase..tapi gaji jalan..hehehehe (banyak cantik muka ko)...Hari ni pulak xde nk plan kuar g mane2.Duk umah menghadap lappy n layan movie je...nk g panggung tp citer best xkuar g kot...Sementelah puasa ni kan, so better rest kat umah je...kalo kuar pun dapat penat je..tul x? Tapi kalo yg dah ada boyfren tu, xkisah la nk kuar ke x. Kurang2 leh borak2.Borak je tau..jangan lebey2..hehehe

Nape aku letak tajuk gila berblogging ye? adakah kerana baru tgok cite blogger boy? ermmm no no no...ni entry utk come back life aku..hehehe tp i promise xmo dah story lebeh pasal isu2 semasa....bukan tau pun apa isu semasa. agaknya kalo g interview keja lain, confirm reject..wahahahaha Just nk story apa yg aku rasa nk story la..wahahahaha

ermmm hari ni u all nk buka puasa apa? Ish2 baru kul 11 lebey dah tanya nk mkn apa.nampak sangat kebulur...Aku xterjaga la sahur tadi..Tu yang lapo bebenor ni..hukhukhuk disebabkan ini weekend, aku ingat nk p bazar yg jauh sikit la...Kalo akak aku xnk ikut, aku g sorang la..huhuhu bukan ada apa pun..tui x? heheh

Ok la , aku nk layan TV jap...adios..salam..

Salam Ramadhan

Assalamualaikum semua...

Setelah lama menyepi, saya kembali lagi utk menjadi bahan bacaan kepada anda...(kalo ada la,xda xpa)...Diam xdiam dah 1minggu lebey berpuasa kan...ermmm banyak tekanan, cubaan, dugaan di bulan puasa ni..seingat aku, aku baru 5 kali g terawih..selebihnya buat di rumah and ada xbuat langsung...bukan sengaja but sometimes letih ler...kurang2 xtinggal terus mcm sesetengah orang tu. Tengahhari tadi saya dapat panggilan dari JobMalaysia.gov.Mereka kata ada tawaran kat aku...permohonan aku nk jd cikgu diterima tp terlambat utk aku buat keputusan...Kalo aku xde keje lagi buat masa skg mmg aku accept da..peluang xdtg banyak kali..mmg sayang tp ni KOS LEPAS kot..Redha je lah..mungkin peluang tu utk orang lain..who's know..

Kerja pulak xpernah abis tapi aku keje mcm nk mati pun, orang ttp ckp aku buat keje admin...kalo ada org buat keje tu mmg aku xbuat..ni sbb xde orang leh harap nk buat, nk xnk kena la aku buat.janganla ckp aku buat keje admin..kalo xde keje tu, agaknya korang pun xleh nk buat keje kowt..huhuu

1 more thing, aku xsuke orang marah aku disebabkan bukan kesalahan aku...geram kot...Sape xgeram...even kalo mak aku marah aku pun tp aku xsalah, sape xgeram..(ni contoh je lah..)..Kalo ko bad mood sekalipun, xperlu kot nk lepaskan kat aku..aku bukan kayu ko nk hempuk2...manusia kot ni..ada perasaan....bodohla kalo ko ckp semua org salah, ko je yg betul...ko tu yg xbetul sebenarnya...don't ever judge any person before you know her/him...Xelok lagipun ni kan bulan puasa...

Sekarang ni, hati dah tenang sikit sbb suke dgr lagu2 utk hilangkan resah...thanks to DJ Radio, MP3, MP4, Laptop Dell kesayanganku...dgn bantuan anda, tido saya lebih lena sampai ke pagi..kadang tu sahur pun xterjaga..hehehe

Ok la..ini entry utk come back aku...akan di update dari semasa ke semasa...wa chow dulu..adios..salam

Cinta dan Kawan


Di suatu hari yg indah, CINTA dan KAWAN bersiar-siar di sebuah kampung. Tiba-tiba CINTA terjatuh di dalam telaga.

Kenapa? Kerana CINTA itu buta.

Lalu KAWAN pun ikut terjun ke dalam telaga.

Kenapa? Kerana KAWAN akan buat apa saja demi CINTA.

Di dalam telaga, CINTA hilang.

Kenapa? Kerana CINTA iitu sangat halus, mudah hilang kalau tidak dijaga, sukar dicari apatah lagi di dalam telaga yg gelap. Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA dan terus menunggu.

Kenapa? Kerana KAWAN itu sejati dan akan kekal sebagai KAWAN yang setia. Jadi, hargailah KAWAN selagi kita terasa dia bererti....

Cara memikat lelaki...Chewah....

1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan
si dia.
2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan
anda.
3. Berwatakan menarik(Persenoliti yang mampu mengugat hatinya).
4. Jujur dan sentiasa merendah diri.
5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tak suka.
6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada disamping
lelaki yang anda minati.
9. Jangan terlalu mengongkong.
10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda
ketahui seperti mata dan tangan.
11. Jaga cara pemakaian anda,seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda
minati.
12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati sebagai rancangan
pertama memikat dirinya.
13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renung matanya dan
tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa
kamu boleh didekati tetapi bukan beerti kamu ini perempuan murahan ya...
15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta
pertolongan dari orang lain (berdikari la..xfaham2 ke?wahahaha)
18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
19. Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki
yang pernah kamu kenali.

20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
21. Lelaki suka kamu menjadi mendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka
membangkang.
22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang
romantik.
23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki
(hahaha so pakaila high heels)
24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai solekan yang terlalu tebal.
25. Mengetahui bila hari lahirnya.
26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita
yang bersikap terlalu kebudak-budakan (ada aku kisah?)
28. Agresif.
29. Jangan terlalu teruja ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual
terlalu lama di telefon untuk pengenalan pertama.
30. Jangan terlalu bersikap ‘kelakian’ dan ganas dalam perbualan.
31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kami ini terlalu baik dan sempurna.
32. Jangan perasan bahawa kamu mempunyai paras rupa yang jelita.
33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu
kamu titik beratkan.

35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan
kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
37. Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu
dipenuhi jerawat batu.
39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya
langkah kamu yang kemas.
40. Jangan bersikap terlalu kuno.
41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan
dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang
terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
42. Usia dan bentuk badan bukanlah menjadi ukuran yang penting, tetapi kecerdikan,
kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama.
44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu
minati.
47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
50. Jangan terlalu mengada-ngada nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!