Macam-Macam

Assalamualaikum...

Macam-macam hal berlaku sekarang ni...Kes bunuh la, kes gaduh, curi, buang anak, merompak, rogol...eiiii manusia kat muka bumi ni dah xingat dosa ke??? Patutla Tuhan turunkan bermacam2 bala sekarang...tapi manusia tu xpernah sedar2 kan...Sampai bila la nk jd mcm ni??? Kat tempat kerja pun satu mcm hal...naik gila aku dibuatnya...sampai sakit2 dada aku....Aduhai.....masalah oh masalah xpernah2 habis ya....

Pernah satu saat aku nekad nk berenti keja n cari keja lain yg aku minat...Biarlah gaji sikit pun tp bila mak ckp, "ko leh hidup ke gaji sikit mcm tu? pikirla sikit Bie oiii"...tgok mak pun ckp mcm ni..bukan nk support....keje bagus, gaji besar tp xminat xkn nk paksa..keja la mcm mana pun ttp keikhlasan tu xkn dtg jugak...ermmm sukati la..selagi aku tahan dan xmampos keje kat situ, stay la kan..

Takziah buat Razihan atas kehilangan ayahanda tercinta...bersabar ya gee...setiap yg hidup pasti akan merasai mati...cuma kita ja yg xtau bila...sekarang ni yg mati bukan yg tua2..yg muda2 ni pun ramai dah meninggal...mati ni tidak mengira peringkat umur...Kalau Tuhan nk cabut nyawa kita, tgh tido pun leh mati....Sabar ya sahabatku....Mungkin Tuhan lebih sayangkan ayah mu sbb itu Tuhan xnk seksa ayah mu lagi dgn kesakitan....Semoga roh ayah mu ditempatkan di kalangan org2 yg beriman...AAMIN....

Kenapa Laki lmbat kawin??

Bukan sedikit lelaki yang kahwin lambat hari ini. Agaknya mengapa? Saya ingin berikan suatu contoh.

Katakanlah anda adalah seorang lelaki berumur 23 tahun yang baru tamat pengajian dan bekerja sebagai seorang pegawai.

Gaji bulanan adalah RM 2000 dan anda tidak mempunyai simpanan di dalam bank.

Setiap bulan, katakanlah perbelanjaan makanan, pengangkutan, bil-bil, sewa rumah dan perbelanjaan lain adalah RM 1200.

Kemudian, sebagai anak yang baik, anda mengirimkan wang ke kampung sebanyak RM 300. Maka baki bulanan adalah RM 500.

Berbekalkan disiplin dalam menyimpan duit untuk masa depan, mungkin anda dapat menyimpan duit sebanyak RM 5000 setahun.

Setahun berlalu, anda berumur 24 tahun. Dengan izin Allah, anda berkenalan dengan seorang gadis impian.

Masing-masing telah merancang untuk berkahwin dalam masa setahun atau dua tahun lagi.

Maka, anda berazam untuk menyediakan kemudahan asas seperti rumah dan kereta sebelum berkahwin.

Anda pun bekerja keras dan mendapat kenaikan gaji sebanyak 10%.

Dibesarkan dengan famili yang sungguh baik, anda menjadi seorang yang 'gentlemen'.

Semua perbelanjaan untuk 'dating', hadiah, bunga dan seumpamanya sudah pun disediakan awal-awal. 10% telah pun diperuntukkan untuk si dia.

Seperti tahun sebelumnya, setelah bersusah payah makan mee segera untuk berjimat, anda berjaya mengekalkan RM 5000 sebagai simpanan tahunan.

Malah, syarikat pula memberikan bonus sebanyak 2 bulan pada tahun tersebut. Maka bertambah lagi RM 4000 dalam simpanan. Kini anda memiliki RM 14,000 dalam simpanan bank.

Sudah tiba masanya untuk membeli kereta. Maka anda membayar RM8000 sebagai bayaran permulaan untuk kereta baru yang berharga RM 40,000.

Kini simpanan bersih anda hanya tinggal RM 6000.

Tahun berikutnya, ketika berumur 25 tahun, anda perlu membayar pinjaman kereta setiap bulan. Hal ini bermakna, simpanan bulanan hanya tinggal RM 400 sebulan.

Bonus pula tidak diberi oleh syarikat kerana prestasi syarikat kurang baik pada tahun itu. Maka, jumlah simpanan semasa hujung tahun adalah RM 11,000 sahaja.

Bertunang

Akhirnya anda membuat keputusan untuk bertunang dengan gadis impian. Dia gembira dan bersetuju.

Maka, RM 1500 dibelanjakan untuk cincin emas dan hantaran. Simpanan kini hanya tinggal RM 9500.

Tahun seterusnya, anda berumur 26 tahun. Alhamdulillah, anda diberi kenaikan pangkat. Gaji anda sekarang RM3000.

"Ini berita baik! Aku nak menamatkan zaman bujang tahun ni!" Anda bersorak girang.

Pada suatu hari, anda mengambil cuti separuh hari untuk berbincang dengan tunang.

Anda : "Berape eh hantaran kahwin kita?"

Tunang : "Berapa-berapa yang you sanggup."

Anda : "RM 5000, okay?"

Tunang : "I okay je. Tapi my mom tu. Dia kata grad oversea macam I ni mane boleh letak rendah-rendah. Paling kurang RM10,000 tau!"

Sikit lagi anda nak pengsan mendengar jawapan bakal isteri anda.

"Mana aku nak dapat duit lebih?"

Kerja Lebih Kuat

Oleh kerana anda terlalu sayangkan dia, anda bekerja dengan lebih kuat sehingga dianugerahkan pekerja cemerlang. Malah, anda menambahkan pendapatan melalui perniagaan jualan langsung secara kecil-kecilan.

Akhirnya dapat la anda simpan RM20,000 pada tahun tersebut.

Suatu pencapaian yang amat membanggakan!

Sekarang umur anda sudah 27 tahun. Duit hantaran dah cukup. Tetapi, mak pula cakap pesan :

"Anak mak nak kawin ni mesti la buat grand-grand. Kita sewa khemah besar-besar, jemput penyanyi ke artis ke sorang dua datang buat persembahan. Lauk pauk kita guna katering je la ya? RM 10 je sekepala. Baju kawin ko, kita sewa yg cantik-cantik dan mahal-mahal sikit. Kita jemput dalam 1000 orang. Set!"

Pengiraan pantas dijalankan :

1000 orang x RM 10 = RM10,000.

Penyanyi, khemah, kad kahwin dan baju = RM 5000.

"Alamak, dah RM 15,000! Belum cincin kahwin lagi! Adoi!" Getus hati anda.

Anda 'slow talk' dengan mak anda :

"Mak, nak buat apa membazir duit ni?"

"Apa pulak membazirnya? Kau kawin sekali je seumur hidup. Biarlah buat betul-betul."

"Tapi mak..?"

"Dahlah, kau jangan nak buat malu mak. Cik Tipah jiran kita tu buat kenduri kat hotel siap Dato', Datin, Tan Sri, Puan Sri datang. Mana la mak nak letak muka mak kalau kita buat kenduri kecik-kecik?"

Akhirnya..

Setelah bersusah payah, akhirnya anda berkahwin juga. Fuh! Seronok dan bersyukur habis.

Tetapi, apakan daya, jodoh kamu berdua tidak panjang. Anda berhutang keliling pinggang dan kadar 'interest' makin tinggi. Anda dah tak mampu nak bayar.

Isteri kesayangan dah letih kalau anda asyik nak minta duit. Dia tuduh anda tak bertanggungjawap, tak reti bagi nafkah dan macam-macam lagi.

Akhirnya? Bercerai..

Masalah yang membuahkan masalah. Kadang-kadang kita pelik kenapa perkahwinan sentiasa gagal di negara kita.

Contoh yang saya huraikan di atas adalah salah satu contoh kasar yang boleh dilihat, kenapa orang kita kahwin lambat atau susah nak kahwin.

Punca masalah:

Pada pandangan saya, budaya kita yang tak kena tempat. Banyak perkara dalam budaya kita yang tidak masuk akal dan kadangkala meyusahkan diri sendiri.

Budaya yang berakar umbi ini menyebabkan ramai orang takut nak berkahwin, dengan alasan mereka tidak mampu walaupun secara fizikal dan mentalnya mereka sebenarnya mampu.

Sedikit pemerhatian dan penyelidikan yang saya lakukan:

01.Perkahwinan perlu dilakukan secara bersederhana.Motif kahwin kan nak menjamu saudara-mara dan rakan-rakan? Jadi, makanan sahaja lah yang perlu diambil kira.

Tak perlu nak membazir duit untuk perkara lain seperti pelamin.

Biasanya, pelamin yang biasa sahaja pun dah berharga RM 1500. Itu baru pelamin. Belum lagi hiasan ini dan hiasan itu.

02."Harga" seseorang wanita diukur dari tahap pendidikan beliau dan bukan diukur dari pengetahuan agama seperti yang di sarankan oleh Islam.

Apabila wang hantaran diletakkan terlalu tinggi, perkahwinan terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan. Sedangkan akad nikah itu lebih penting dari wang hantaran.

03.Perkahwinan sepatutnya adalah perkara yang paling mudah dan cepat, tetapi kini ia telah menjadi beban.

Zaman kini, perkahwinan sangat rumit dan rata-ratanya takut untuk berkahwin.

Perkara yang perlu difokuskan adalah kehidupan selepas berkahwin, bukannya majlis perkahwinan.

Majlis itu hanyalah pintu ke gerbang perkahwinan.

Namun hakikatnya kini seolah-olah kita menghiasi pintu rumah kita cantik bagai nak rak, tetapi di dalam rumah, kosong, gelap dan tidak menarik?

...and the pressure is on men...

-I Luv Islam-

Terima kasih, Dear

Assalamualaikum sebagai pembuka bicara...Kalimah ini sentiasa akan Bie praktikkan supaya bermanfaat di akhirat kelak...Insyaallah...

Sesungguhnya hati ini lebih tenang tanpa memikirkan segala masalah2 yg sering memeningkan kepala Bie..Betul kata dia, masalah kerja hanya fikirkan di pejabat, masalah di rumah fikirkan di rumah..Jangan di campur adukkan kerana ianya hanya akan menyakitkan diri sendiri...Alhamdulillah, xsia-sia Bie pilih lagu ini untuk menghiasi laman blog Bie ini....Untuk pembaca sekalian, Bie minta maaf sekiranya anda tidak menyukai dengan nama blog Bie yg baru...Bertukarnya nama blog ini seiring dengan perubahan yg Bie lakukan pada diri Bie, pada hati Bie, pada orang-orang di sekeliling Bie...mudahan Bie akan lebih baik pada masa kini, hadapan dan selamanya...Bie tidak mau toleh ke belakang lagi...Kerana masa lalu hanya akan sentiasa menjadi masa lalu...Tidak mungkin ianya akan menjadi masa depan...

AIRIN SHAYANG ~Bersatunya 2 Hati~ khas Bie tujukan untuk satu-satunya insan yg ikhlas menerima diri Bie apa adanya...Sesungguhnya Bie ini tidaklah sempurna, tidaklah secantik bidadari di syurga tetapi Bie berjanji Bie akan sentiasa menjadi bidadari untuknya...Insyaallah...Abg, Bie dah membuka seluasnya pintu hati Bie untuk abg...Masuklah ke dalamnya dan kuncilah hati itu supaya tidak dimasuki oleh sesiapa lagi selepas abg..Abg buanglah kunci itu ke mana pun abg suka biar tidak ada sesiapa yang akan menjumpai kunci itu lagi...Biar dihalang, biar berjauhan, Insyaallah jika di izinkan TUHAN, bersatunya 2 hati ini...ALLAHUAKBAR...

Abg, niatlah di hati supaya tidak mencintai Bie melebihi cinta abg pada TUHAN dan pada RASUL...niatlah di hati supaya cinta kita diredhai olehNYA..hanya DIA yang menentukan jodoh pertemuan kita..Hanya DIA...DIA yang MAHA BESAR...Abg, bimbinglah Bie ke jalan yang diredhai olehNYA..Bie ini tidak sebaik, sesempurna wanita lain..mungkin Bie masih ada cacat cela...Bie tahu abg akan baca blog Bie ini, Thank you, dear...

Wahai pembaca budiman, sekiranya ada yang mencintai anda melebihi nyawanya sendiri, terimalah kerana hidup dengan insan yg mencintai diri kita adalah lebih bahagia dari hidup bersama insan yang kita cintai kerana cinta itu tidak semestinya memiliki...
Cinta kepada TUHAN akan kekal selamanya tetapi Cinta kepada Manusia bila-bila akan mati dan berakhir....

Maafkan Bie sekiranya entry kali ini sedikit skema dan tersusun...Bie ingin berubah..Bie xnk marah2...Bie nk ikhlas dlm semua hal..sebelum ini Bie selalu marah2, merungut tp sekarang Bie xnk ada sifat-sifat itu lagi...Bantulah Bie supaya menjadi lebih baik dari sebelumnya..Insyaallah kita mampu berubah menjadi lebih baik...

Akhir kata, hargailah apa yang anda ada sekarang...jangan dipersiakan kerana anda yang akan menyesal kelak...

Menyepi

Assalamualaikum semua....

Udah lama aku mendiamkan diri kan...Kini aku udah tidak tertahan lagi menanggung rasa hati ini...ingin aku luahkan semua yang terbuku di hati ini...entahla...kalo ikutkan banyak sangat bnda yg aku harus ceritakan...tp aku tidak tau dari mana harus aku mulai.

Baiklah one by one...

1) Facebook
Aku penat dgn facebook ini...darinya bermacam2 cerita yg mengguris hati aku...ada friend yg dah delete dia dari senarai friend aku...knp kah?? darinya juga aku makan hati kerana ramai kawan2 yg dah bertunang dgn insan yang dicintai...gambar2 yg terpampang begitu menyedihkan aku...xdisangka kawan yg dulu yg sama2 berhingus akhirnya melangkah setapak ke alam perkahwinan...syukurlah...tp aku???? bila masa aku akan tiba??? adakah aku menolak takdir tuhan???? tidak!!!!! aku terima seadanya kerana tuhan yg menetapkan jalan kehidupan hambanya cuma aku perlukan kepastian...aku kecewa dgn diri aku sdr....knp aku belum bisa mendapatkan lelaki yg benar2 beriman dgn ajaran MU ya ALLAH????

2) mengandung
BErita ini juga menyentap tangkai hati ku...saat aku dikhabrkan bahawa rakan karibku kini sedang menanti detik2 melahirkan, hati aku disayat pilu.... Kenapa begitu cepat masa berlalu...masih terbayang di tabir mataku, aku dan dia berteman mesra...bergelak ketawa, bergaduh tp akhirnya dia sudah bakal bergelar IBU....tp aku bila???? Sedihnya aku YA ALLAH hanya engkau yg MAHA MENGETAHUI....

3) Couple
aku telah membuka hatiku utk seorang lagi insan tetapi aku masih cuba utk mencintai dan menyayanginya setulus hatiku...bukan bererti aku menolak dia tp aku masih mencuba...andai dia mmg ditakdirkan utk aku, aku terima seadanya...aku penat memberi hatiku 100% kepada insan bernama lelaki dan kepada cinta kerana ianya hanya akan menyakitkan diri aku pada akhirnya...

Mungkin ini dulu yg dpat aku ceritakan...I'm really not in a good mood...Gudnite...

Semangat Raya


Assalamualaikum semua.....

dah lama xupdate kan...so entry kali ni mungkin sebagai salah satu luahan hati yg dalam keadaan kecewa dan sedih....Aku ni asyik sedih terus kan..Hari ini mungkin barangkali ramai yg sudah pulang ke kampung halaman yg tercinta tp aku masih lagi harus memerah keringat bekerja sehingga hari Rabu...Keje dah xmasuk dlm otak dah..kepala aku dah sampai kampung dah kot..ingat kat mak abah..Hari ni pulak kakak aku pulak akan menyusul mak abah ke kampung..waaaa lagi la sedih..tinggal la aku kat sini..balik raya pun 2-3 hari sebelum raya...

Tibe2 teringat time study dulu..kalo 1minggu nk raya, U dah cuti semester dah ni...so semua pakat2 kemas beg..ziarah kawan dari 1bilik ke 1bilik yg lain...malam tu borak2..gosip2..bestnye time belajar dulu...kalo je leh putar balik masa aku pasti akan hargai masa2 dulu....Tu yg org selalu ckp, bila belajar xsabar nk abis ada keje tp bila dah keje xsabar pulak nk abis keje dan nk patah balik masa...ermmmm dunia dunia...

Kalo kat kampung pulak 1minggu sebelom raya tu dah tolong2 mak buat kek lapis org tempah...mak aku pakar buat kek lapis sarawak sbb dulu kami kan pernah duk sarawak 7 tahun..aku pun tau sikit2 la...ala rindu sgt2 that moment..nk nangis rase...tambah pulak mlm 7likur tu dah start pasang pelita, lampu lip lap lip lap....meriah....tp apakan daya, sudah suratan kena keja hingga titisan terakhir...

Now, i'm trying to find another job which is suitable for me and my soul..buat apa kerja kalo kita xminat kan..so aku nk cari keja yg sesuai dgn jiwa aku...aku xsuka dijajah...waaaa merdeka la katakan...i mean diarah la..nk suruh wat ok la...but you know sometimes suruh will become arahan.must do...kalo xbuat mampos...itu work condition yg aku xsuka sgt...bosan...persekitaraan pun xsesuai dgn jiwa aku..
Apalah kerja yg sesuai dgn aku agaknya ya??? Teringin pulak nk ada bisnes sdr...jd bos..hikhikhik.. Insyaallah impian xsemstinya tidak boleh menjadi kenyataan kan...

ok la see u after raya..wish all of u SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN...

Seringkali hati kecil mengaduh sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada. Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.

Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan. Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.

Pernahkah sekali kita memahami alam.

" Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan? "

" Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang? "

Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.

" Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam? "

" Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang? "

" Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa? "

" Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu? "

Jawabnya, SENANG.

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintanganlah yang mewarnai kehidupan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan adanya pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran contohnya seperti Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian.

" Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. Insyaallah. "