PENIPUAN

Hye, Dari hari ke hari sy duk termenung depan lappy fikir nk update apa dalam blog. Fikir apa nk cerita.. Susah jugak kalau jadi penulis ni kan...Kalau xkena time and mood, tulislah mcm mana pun sure xbest..hikhikhik Kadang2 lagu yang dimainkan juga memainkan peranan dalam menulis blog ni..hahahaha Betul x??? Kalau lagu happy, so tulisan pun jadi something yang exciting...Kalau kena mood sedih, pasang lagu sedih, sure tulisan pun berunsur sedih...hahahaha *Tu sure ada yang angguk kepala setujukan* hikhikhik Ok lah hari ni Cik Bie update blog ni sambil layan lagu fav Cik Abg Cik Bie...Dulu time dia dok introduce lagu ni Cik Bie buat xtau je tp lama2 dengar not bad jugak la hikhik...Tajuk lagunya Ku Ingin Kamu dari Romance Band.Band pun xfames kat sini tu yang rasa xberminat nk dengar..Tapi sebenarnya band indonesia ni kan sepesen je semuanya...suara pun ala2 sama gitu..tul x??? Ok lah sambil layan tu, korang bacala apa yang Cik Bie nk tulis ni..Cik Bie tau lah yang blog Cik Bie ni xde lah best mcm blog Jejari Runcing ke, Jejari Gemuk ke apa ke kan tapi Cik Bie xkisahlah...You all dah singgah kejap pun dah kire ok lah tu..hahahaha.. Sebenarnya Cik Bie nk cerita pasal something yang ala-ala PENIPUAN....korang pun sure tahu apa itu PENIPUAN..sebenarnya PENIPUAN ni ada byk..ada yang kita TIPU yang kita xsakit hati, ada yang TIPU yang menyakitkan hati... Tapi itu biarlah dosa dia dengan Tuhan sebab kita sebenarnya xtahu apa niat dia MENIPU kita kan. Sebabnya Cik Bie pun selalu gak menipu tapi kebanyakan PENIPUAN yang Cik Bie buat, semuanya utk menggembirakan hati orang lain. Perlu ke Cik Bie cerita kat sini? Korang nk tau ke? Ermmmmm tapi dah bg hint sikit pastu xnk cerita mmg ada gak yang kena hempuk dengan laptop kang...hahahhahaa Ok lah Cik Bie cerita pasal PENIPUAN yang Cik Bie lakukan ek tapi korang kena janji pasni jgn boooooooo kat Cik Bie pulak..hikhikhikhik Laparlah...jap Cik Bie g makan jap ek..jap g sambung hehehehe...
Sekian, Cik Bie, 8.37am

Setiap gambar ada lagu


Setiap gambar ada lagu..
Tanpa perlu menjelaskan semua org sudah dapat menafsir.
Bila gambar senyum, pasti dia sedang bahagia. Bila gambar masam, pasti dia sedang bermasalah. That is what we called, JUDGE A PERSON BY IT'S FACE.
Tapi adakah semua yang senyum itu bahagia dan adakah semua yang bermasam muka itu sedang bermasalah.

Sebenarnya tidak semua yang tersenyum itu bahagia. Mungkin xsemua tapi segelintirnya betul. Kadang-kadang kita sbg manusia cuba untuk menutupi segala masalah kita dgn tersenyum. Senyum xperlu kata apa-apa..:)) Tapi seorang sahabat sejati akan tahu apakah sahabatnya itu mempunyai masalah atau tidak bukan hanya melihat pada wajahnya tetapi hatinya.


Lihat pada foto-foto di atas ni, pasti u all ingat kami ni sentiasa happy..tapi hakikatnya tidak. Pada masa ini, dalam kepala otak serabut dgn hal kerja, hal-hal lain yg sampai membuatkan kami rasa nk lari dari masalah. Tapi sejauh mana pun kami pergi, mmg kita tak akan dapat lari dari masalah. The best thing yang dapat kami lakukan ialah mencuba utk bahagia dan dengan senyum dan menikmati saat-saat manis itu.

Di sini, saya tidak mahu menceritakan masalah apa yang sedang saya hadapi kerana apa pun masalah itu, saya akan cuba hadapinya dengan positif. Hey...dont worry la..i'm ok. Mungkin masalah yang saya hadapi tidak seberat masalah yang u all hadapi kan..just positif.

BTW, there is a lot of story lagi yang saya nk cerita tapi mungkin masa yang tidak sesuai ditambah pula saya sekarang tidak berapa sihat. Kalau tiada aral, malam ni, saya akan update lagi.

Miss you,
Bie

Lagu untukmu..

Hye....hari ni rasa nk publish paste lagu dari najwa latif lah...hehehe so here you go Sahabatku - Najwa Latif

Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Yang baik itu tidak semestinya baik, yang tidak baik itu tidak semestinya tidak baik

Hari ni saya ada terbaca 1 artikel menarik...yang saya rasa ingin saya kongsi kan di sini...ianya berkenaan kisah seorang petani,anak lelakinya dan kuda mereka..tajuknya "Yang baik,itu tidak semestinya baik".....ini mungkin boleh memberi sedikit sebanyak semangat positif dalam diri kita, terutama sekali utk diri saya,Insyaallah... Alkisah ada seorang petani miskin mempunyai seorang anak lelaki dan seekor kuda betina. Kehidupan mereka ala kadar saja. Suatu hari,tanpa mereka sedari kuda betina petani itu hilang. Maka orang kampung yang simpati pun pergilah ke rumah petani tersebut. Sudahla kuda betina ada seekor ja, hilang pula tu. "Kesian!" kata orang kampung. Tapi, si petani itu tidak bersedih sebaliknya berkata, " Yang tak baik itu tidak semestinya tidak baik!Yang baik itu tidak semestinya baik!". Tidak lama kemudian, kuda betina yang hilang itu balik semula ke rumah si petani dan didapati telah bunting. Orang kampung datang ke rumah petani itu untuk melihat kuda betina yang bunting itu. "Tak sangka, kuda betina itu bunting. Untungnya dia!" kata orang kampung. Petani itu berkata seperti biasa, Yang baik itu tidak semestinya baik dan sebaliknya. Tidak berapa lama kemudian, si kuda betina yang bunting itu beranak. Setiap hari anak lelaki petani itu yang sudah remaja menghabiskan masa bermain-main dengan anak kuda jantan itu. Tanpa diduga, suatu hari anak petani itu ditendang oleh anak kuda jantan yang tiba-tiba melenting. Cederalah si anak muda itu. Orang kampung seperti biasa datang menziarah. Kesian! Anak ada seorang,patah tangan pula! Seperti biasa, petani itu pun berkata, yang tidak baik itu tidak semestinya tidak baik, dan begitulah sebaliknya.. Tibalah saat kerajaan memerintahkan semua anak muda dalam kampung itu diwajibkan menjalani kerahan tenaga untuk persiapan ke medan perang. Hanya anak petani itu tidak disuruh berperang kerana kecederaan yang dialaminya. Ditakdirkan semua anak muda yang pergi berperang itu terkorban. Maka yang tinggal di kampung itu hanyalah anak petani tadi yang belum berkahwin. Orang kampung datang ke rumah petani tadi ucap tahniah sebab hanya anak lelaki petani miskin itu yang terselamat. Beruntunglah,si anak petani itu sebab ramai gadis2 berebut2 hendak berkahwin dengannya. Petani itu lalu berkata, "Dari dulu lagi aku dah cakap, yang baik itu tidak semestinya baik dan yang tidak baik itu tidak semestinya tidak baik. Setiap kebaikan dan keburukan yang diuji oleh Allah itu ada hikmah di sebaliknya!"... Wahai my blog readers, ingatlah, apabila mendapat sesuatu kebaikan janganlah terlalu gembira, tapi bersyukurlah! Begitu juga jika mendapat sesuatu musibah atau keburukan, jangan kecewa atau putus asa. Percayalah, ada hikmah di sebalik qada dan qadar Allah itu... Cerita ini adalah sekadar renungan untuk kita supaya sentiasa bersyukur di atas sesuatu kejadian yang menimpa diri kita. Terima kasih, sumber dipetik dari majalah mastika...

Sahabatku, Aku Rindu Sayang Kamu

Hidup ni adalah sesuatu yang paling susah untuk dijangka. Life is unexpected. But life is also a choice. Kita kena decide what we want our life to be. Is't to be happy, sad, angry, crying or many more. Dulu, saya, Ye saya yang menulis blog ini adalah seorang yang ceria, happy, senyuman dan ketawa mmg xleh dipisahkan tetapi sekarang saya, ye saya yang menulis blog ni bukan orang yg sama. Saya sendiri merasa perubahan itu apatah lagi orang lain kan..huhuhuhu.. Saya berubah sbb yang paling utama adalah:

1) Saya xhappy dengan suasana kerja saya dan keadaan sekeliling saya. Dulu, saya ni nk mencarut sangatlah susah..Senang cakap, mmg xretilah nk sebut ayat2 tuh..sekarang ni jgn ckp xreti, itulah ayat yg selalu disebut..hurmmmm mungkin sbb tu lah Allah bg azab kat saya dalam bentuk penyakit tonsil dlm tekak saya yang membuatkan saya nk telan makanan pun susah apatah lagi bercakap banyak..MasyaALLAH, atas muka bumi pun Allah dah bg balasan..belum kat Akhirat lagi..*Saya dah insaf*.. Tapi susahnya untuk saya mencintai suasana kerja saya sekarang dan saya sangat berharap saya dapat peluang kerja di tempat lain yang mungkin boleh membuat saya sedikit happy berbanding dengan sekarang. Insyaallah..

Jadi untuk mengatasi rasa xhappy ni, saya kena selalu fikir benda2 yang membuatkan saya happy..and benda yang paling happy yang selalu membuat saya tersenyum adalah:

1) Persahabatan
Yes, FRIENDSHIP!!! This is the only thing yang membuatkan saya happy. Kalau orang lain mungkin dia akan cakap LOVE..tapi tidak pada saya. Untuk pengetahuan semua, saya adalah seorang yg setiakawan. Saya ada ramai kawan-kawan tapi saya cuma ada beberapa kawan yang saya sangat sayang..sebelom mengenali kawan yang sekarang, saya terlebih dahulu kenal dengan Claa, Yanie, Umairah, Joe, Idan, Faris. Kami ni umpama 3pasangan..We love each other actually tapi disebabkan oleh some incident, Faris dah keluar dari kelompok persahabatan ini. Yes, sy mmg sedih and saya xpernah menyangka dia akan jadi mcm ni. Kalau dia berubah, kami mungkin boleh consider untuk menerima dia kembali menjadi sahabat kami. Umairah pula, hayat dia xlama kat atas muka bumi ini. Dia telah kembali kepada penciptanya..rasanya nk dekat setahun juga kot. Rindu nya dekat arwah. Sahabat yg paling alim dalam geng, selalu je ajak ke masjid tapi biasalah bukan kami ni nk ikut pun. Kadang2 je pergi. Itulah sebab org ckp, org baik ni selalu mati dulu..huhuhuhu Claa pulak dah kawen..husben dia orang kelate..Claa ni cantik..cantik sgt..kulit putih gebu..siapa yang melihat pasti terpikat..hehehe dia pun dah bahagia..xnk dah la ganggu..Yanie pula sekarang dah kerja kat kampung halaman dia..dia ni pun mmg cantik sgt..mata bulat, putih gebu..geram tgok...Joe...dia ni la jejaka paling diminati...sampai sekarang tau..tapi dia xde kat sini..kalau u all nk mengorat dia, bolehlah cari dia kat UK..Idan...dia ni..mmg pendiam, xbnyak ckp, berahsia...sampaikan dia bertunang dan bercinta pun kami xtau..Dasyat gila kan..tapi Kuasa Tuhan, jodoh dia xpanjang...hubungan terputus di tengah jalan..Jauh di lubuk hati saya, saya sayannnnggg mereka...*peluk kuat-kuat*....rindu nk berkumpul semula tapi mustahil sbb masing2 ada kehidupan sdr..Sekarang ni saya ada Zaza, kawan baik saya...Dia baik, soft spoken...jiwa lembut, manis orangnya...ke mana-mana kami selalu berdua tapi mungkin xlama..mungkin setelah masing2 dah ada kehidupan sendiri, kita xtau kan.. Tapi, saya nk ckp SAYA SAYANG KAWAN-KAWAN SAYA!!!!! Sebab mereka saya disini, sebab mereka saya happy...walau kadang ada perselisihan faham, tapi itu tak kan pernah memutuskan kami...Insyaallah..

You all masih yang terindah, indah di dalam hati aku...sentiasa ada dalam hati aku...di bawah ini sajak yg saya reka sdr, maaf kalau xsedap dan xbest :

Sahabat,
Kau masih yang terindah di dalam hati aku,
Ke mana kau pergi,
Kau sentiasa di ingatanku,
Ke mana kau berada,
Kau sentiasa di ingatanku,

Sahabat,
Sepinya hari yang ku lewati,
Tanpa ada dirimu menemani,
Sunyi ku rasa dalam hidupku,
Tak mampu untuk aku melaluinya.

Sahabat,
Kamu masih yang terindah,
Indah di dalam hati aku,
mengapa kini perselisihan kita terjadi,
Terjadi seperti ini.

Sahabat,
Masih ku ingat indah perbualan kita,
Yang selalu membuatku mengenangmu,
Terbawa aku dalam sedihku,
Tak sedar kini kamu tak disini lagi..

Ini sahaja yang mampu aku coretkan untuk kalian...Jauh di lubuk hati aku, aku tak mahu kita berpisah..kerana Aku Sayang Kamu Semua!!!!

With Love,
Bie

I'm choose to be Happy

Assalamualaikum dear readers,
It's been a long time tak update blog. Me in the midst of very very hectic day.Keje sgt banyak + saya kena take over all Finance + Admin for the department. Fuhhhh mencabar gile kot..and plus mmg xreti langsung handle benda2 mcm ni. Still waiting for my new Admin Exec tu take it back. Please la come quickly..Setiap hari pun stress.. masa bile xstress pun saya xtau..Tapi kat mana2 pun stress. Even keje cuci toilet pun stress, bak kata my friends, Zaza. Hehehehe....

Ok, today we all going to have our 1st road trip together and hopefully it will going fun..hehehe will upload the pic soon, insyaallah..Now saya nk banyakkan berjalan-jalan...sbg salah satu terapi utk hilangkan stress and jauh dari KL..KL sgt semak ok...sapa suka duduk KL saya tabik dia...hahahaha

Ok need to go..Bye