No word to say this,
I'm in love,
With who?
With him
Thank you, bby Rin.
Why sumetimes we miss someone damn much ha?? Sumtimes pun jelous nengok manusia2 berkapel merate2...tp kiter sibuk dgn urusan masing2...even weekend pun bby keja...sian...tapi tu la..Bie je xpernah nk faham kan...tp ok la..dia pun xmudah melatah..sabo je dgn i...ahaks...bile ckp pasal ni tibe2 teringat bila baca gelagat hubungan menurut zodiak...bby Aries, bie Gemini...mmg sesuai la kiter...
GEMINI : GELAGAT PERHUBUNGAN
Orang yang bernaung di bawah zodiak Gemini adalah pecinta kebebasan tetapi seorang yang pembosan . Dalam pergaulan , Gemini suka bertukar – tukar kawan dan pasangan sehingga dia bertemu dengan kawan / pasangan yang sesuai.
Pendamping yang sesuai bagi Gemini adalah seseorang yang bijak dan memahami cita rasa Gemini yang sentiasa berubah – ubah. ARIES ( 21 Mac – 20 April ) dan TAURUS ( 21 April – 20 Mei ) adalah pasangan yang tepat buat anda , manakala CANCER ( 21 Jun – 20 Julai ) dan VIRGO ( 22 Ogos – 22 September) bukanlah pasangan yang ideal bagi Gemini.
Gemini , yang mempunyai daya pesona yang dapat meluluhkan hati seseorang , terutama Aries. Ketangkasan , kepintaran dan kelincahan Gemini adalah merupakan ciri – ciri yang disenangi oleh Aries . Sebaliknya, Aries sendiri juga adalah pendamping yang setia dan penuh perhatian buat Gemini . Taurus yang tenang adalah pasangan yang tepat buat Gemini . Keperibadian Taurus yang kuat , matang dan sentiasa melindungi , dapat menguruskan sifat Gemini yang pembosan dan mudah berubah – ubah .
Manakala , sifat Gemini yang sentiasa berubah – ubah ini menyebabkan anda sukar berdampingan dengan Cancer yang sifatnya juga demikian . Namun , Cancer adalah jenis yang setia orangnya ! Dengan Virgo yang dingin sifatnya , juga kurang sesuai bagi Gemini . Kesukaan Virgo pada kerapian menyulitkan Gemini.
ARIES : GELAGAT PERHUBUNGAN
Aries punya daya pesona yang tinggi. Dalam pergaulan , anda kelihatan lincah, pintar, berkeperibadian kuat dan teman bual yang mengasyikan. TAURUS ( 21 April – 20 Mei ) , GEMINI ( 21 Mei – 20 Jun ) dan AQUARIUS ( 20 Januari – 18 Febuari ) adalah kekasih yang tepat bagi Aries. Sebaliknya, anda perlu berhati – hati apabila berkasih dengan CAPRICORN (21 Disember – 19 Januari)atau CANCER (21 Jun – 20 Julai).
Taurus yang matang adalah pendamping yang tepat bagi Aries . Dengan sikapnya yang tenang; Taurus yang berlambang Lembu Jantan , mampu menundukkan Biri – biri Jantan (Aries ) yang tidak mahu duduk diam. Gemini juga boleh menjadi kekasih yang ideal bagi Aries . Kebetulan Gemini dan Aries mempunyai banyak persamaan, iaitu aktif , cerdas dan bijak. Dengan kematangannya , Aries boleh mengendali kekurangan Gemini. Di samping Aquarius , Aries mampu mengecapi bahagia. Aries tidak mempersoalkan sifat kekasih yang romantik seperti Aquarius. Sebaliknya kecerdasan Aquarius menjadi daya tarikan yang kuat buat Aries.
Capricorn bukan pula pasangan yang ideal bagi Aries yang aktif dan terbuka. Sifat Capricorn yang konservatif dan tertutup boleh membosankan anda . Namun , Capricorn setia orangnya ! Sebaliknya , anda sukar berdamping dengan Cancer yang sensitif. Apabila anda tersalah cakap , Cancer mungkin murung berterusan. Walau bagaimana pun , Cancer jujur dan pelindung orangnya.
No comments:
Post a Comment