Saya Cintakan Awak

Satu pasangan kekasih sedang memecut melebihi 100km/jam di jalanraya.

Dara : Perlahankanlah sikit motor ni...saya takut lah..
Jejaka : Tak nak..bawak laju-laju mcm ni la best..
Dara : Tak..tak best pun..tolongla saya takut ni..
Jejaka : Kalau awk nk saya perlahankan motor ni, awk kena cakap yg awak CINTAKAN saya..
Dara : Ok..Saya CINTAKAN awak...
Jejaka : Ok..sekarang peluk saya erat-erat..

Lalu si Dara memeluk si jejaka erat-erat...

Jejaka : Awak..awak leh tanggalkan helmet saya x? Kemudian awak pakai kat awak..saya rasa xselesa la...

*********************************************

Keesokan harinya, di muka depan surat khabar :

Sebuah motosikal telah melanggar rumah kedai dipercayai disebabkan kegagalan fungsi brek motornya...

Dua mangsa terlibat tetapi cuma seorang sahaja yg dilaporkan terselamat..

*********************************************

Kisah sebenarnya, semasa sedang menuruni jalan tersebut, si Jejaka telah mendapati brek motornya sudah tidak berfungsi, tetapi dia xmahu kekasihnya tahu..Sebaliknya dia meminta kekasihnya itu mengungkapkan perkataan "SAYA CINTAKAN AWAK" dan merasakan dakapan terakhir kekasihnya itu..dia juga memberikan topi keledarnya kpd si Dara agar kekasihnya itu selamat walaupun itu bererti dia akan terkorban..

Jadi sekiranya anda ada seorang yang sangat anda sayang dan ambil berat, beritahu dia yang anda CINTAKAN dia..

Semoga saja kita masih di beri waktu utk merasai CINTA...

**koleksi cinta**

No comments:

Post a Comment