Terima kasih, Dear

Assalamualaikum sebagai pembuka bicara...Kalimah ini sentiasa akan Bie praktikkan supaya bermanfaat di akhirat kelak...Insyaallah...

Sesungguhnya hati ini lebih tenang tanpa memikirkan segala masalah2 yg sering memeningkan kepala Bie..Betul kata dia, masalah kerja hanya fikirkan di pejabat, masalah di rumah fikirkan di rumah..Jangan di campur adukkan kerana ianya hanya akan menyakitkan diri sendiri...Alhamdulillah, xsia-sia Bie pilih lagu ini untuk menghiasi laman blog Bie ini....Untuk pembaca sekalian, Bie minta maaf sekiranya anda tidak menyukai dengan nama blog Bie yg baru...Bertukarnya nama blog ini seiring dengan perubahan yg Bie lakukan pada diri Bie, pada hati Bie, pada orang-orang di sekeliling Bie...mudahan Bie akan lebih baik pada masa kini, hadapan dan selamanya...Bie tidak mau toleh ke belakang lagi...Kerana masa lalu hanya akan sentiasa menjadi masa lalu...Tidak mungkin ianya akan menjadi masa depan...

AIRIN SHAYANG ~Bersatunya 2 Hati~ khas Bie tujukan untuk satu-satunya insan yg ikhlas menerima diri Bie apa adanya...Sesungguhnya Bie ini tidaklah sempurna, tidaklah secantik bidadari di syurga tetapi Bie berjanji Bie akan sentiasa menjadi bidadari untuknya...Insyaallah...Abg, Bie dah membuka seluasnya pintu hati Bie untuk abg...Masuklah ke dalamnya dan kuncilah hati itu supaya tidak dimasuki oleh sesiapa lagi selepas abg..Abg buanglah kunci itu ke mana pun abg suka biar tidak ada sesiapa yang akan menjumpai kunci itu lagi...Biar dihalang, biar berjauhan, Insyaallah jika di izinkan TUHAN, bersatunya 2 hati ini...ALLAHUAKBAR...

Abg, niatlah di hati supaya tidak mencintai Bie melebihi cinta abg pada TUHAN dan pada RASUL...niatlah di hati supaya cinta kita diredhai olehNYA..hanya DIA yang menentukan jodoh pertemuan kita..Hanya DIA...DIA yang MAHA BESAR...Abg, bimbinglah Bie ke jalan yang diredhai olehNYA..Bie ini tidak sebaik, sesempurna wanita lain..mungkin Bie masih ada cacat cela...Bie tahu abg akan baca blog Bie ini, Thank you, dear...

Wahai pembaca budiman, sekiranya ada yang mencintai anda melebihi nyawanya sendiri, terimalah kerana hidup dengan insan yg mencintai diri kita adalah lebih bahagia dari hidup bersama insan yang kita cintai kerana cinta itu tidak semestinya memiliki...
Cinta kepada TUHAN akan kekal selamanya tetapi Cinta kepada Manusia bila-bila akan mati dan berakhir....

Maafkan Bie sekiranya entry kali ini sedikit skema dan tersusun...Bie ingin berubah..Bie xnk marah2...Bie nk ikhlas dlm semua hal..sebelum ini Bie selalu marah2, merungut tp sekarang Bie xnk ada sifat-sifat itu lagi...Bantulah Bie supaya menjadi lebih baik dari sebelumnya..Insyaallah kita mampu berubah menjadi lebih baik...

Akhir kata, hargailah apa yang anda ada sekarang...jangan dipersiakan kerana anda yang akan menyesal kelak...

No comments:

Post a Comment