I'm Back


Assalamualaikum semua...bie sudah kembali...bukan disebabkan sapa2 tp kalo kita xmerasa bersalah utk apa kita merasa takut.betul X? Xguna mendiamkan diri, menghilangkan diri kalau satu benda itu dah ditetapkan TUHAN untuk berlaku pada aku, so aku kena redha...Semua ni mungkin ujian untuk aku..

Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud tertantu. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian samada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula melatah. Terasa Allah tidak adil la, sengaja hendak menyusahkan kitala n mcm2 lagi. Atau kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu. Bukan saja buruk sangka pada ALLAH malah pada orang yg menyebabkan semua ni berlaku..BEtul x?

Ujian sebenarnya melatih kita untuk mendapatkan sifat-sifat yang terpuji. Sabar, redha, tawakkal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri dengan Allah, mengharapkan pertolongan Allah, merasai dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya. Berasa diri berdosa adalah juga sifat terpuji. Sebab itu bagi orang yang sudah banyak melakukan dosa atau lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan ujian kesusahan kepadanya. Supaya hamba-Nya tadi tidak tenggelam dalam dosa dan noda. Kadangkala Allah dedahkan dosa yang dilakukan hingga ramai orang tahu. Bukan untuk menghinakan kita tetapi untuk memberi
ingatan supaya kita bertaubat. Dan tidak meneruskan perbuatan dosa itu sehingga bila-bila. Ada paham x? Kalo xpaham,andaila2 korang.

So, kalo ada bnda2 yg korang rasa, KENAPA AKU YG KENA HADAPI SEMUA NI? tu maksudnya TUHAN tu sayangkan kita..taht's why DIA uji kita mcm ni tp kita kena ingat, TUHAN xkan uji hamba-NYA melebihi tahap kemampuan hambanya..So, setiap bnda ada hikmahnyakan...Aku xleh kalah dan lemah dalam perjuangan ini. Cuma adakala kita sebagai manusia seringkali alpa..KAdangkala +ve, adakala -Ve...Hanya diri sdr je yg leh ubah diri sendiri..

No comments:

Post a Comment