My Strongest Word

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi. Cinta membawa penderitaan tetapi tidak pernah berdendam, tidak pernah membalas dendam. Dimana ada cinta, di situ ada kehidupan.

TUHAN memberi kita 2 kaki utk berjalan, 2 tangan utk memegang, 2 telinga utk mendengar, dan 2 mata utk melihat. Tetapi mengapa TUHAN hanya menganugerahkan sekeping hati kepada kita? Korang pernah terfikir x? Dan ada orang kata kerana TUHAN telah memberikan sekeping lagi hati kepada seseorang utk kita mencarinya. Itulah namanya cinta. Really? You think and answer ok...Aku pun xtau sejauh mana kebenarannya.

Aku ada lagi satu cerita..Nak dgr x?

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata itu menyapa air mata yang satu lagi, " Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi kehilangannya. Siapa pula kamu?" Jawab titis air mata kedua tu, " Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja"..huhuhuhu. Mungkin beginilah penghujung kisah cinta aku bersamanya..aku redha....sbb aku tau "CINTA SEJATI ADALAH KETIKA DIA MENCINTAI ORANG LAIN DAN KAMU MASIH MAMPU TERSENYUM SAMBIL BERKATA: AKU TURUT BAHAGIA UTKMU"...sedeynya aku..Kenapa aku masih mencintai dia sdgkan sepatutnya aku tidak begini...

Kawan2 ada ckp jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita..ye ke? Dan jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba, Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa kamu sanggup, dan jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya jika kamu masih tidak dapat melupakannya. Itulah masalah aku. Aku masih tidak dapat melupakannya..adakah aku masih mencintainya? Ya Benar..aku masih mencintainya cuma dia tidak menyedarinya.

No comments:

Post a Comment